• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Harga Barang Turun Besar-Besaran Mulai 1 Mac – Hasan Malek

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Program penurunan harga barangan secara besar-besaran di seluruh negara akan dilancarkan 1 Mac ini, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Hasan Malek.

Beliau berkata program itu adalah hasil perjumpaan kementerian dengan pelbagai pihak antaranya syarikat-syarikat, restoran, pasar besar, pemborong, peniaga, peruncit, pengeluar makanan dan minuman, pada minggu lepas.

“Hasil perjumpaan ini, mereka telah bersetuju untuk turunkan harga barangan yang kita jangkakan kira-kira 10 hingga 20 peratus.

“Saya ucapkan terima kasih kepada peniaga yang respons kepada saranan kerajaan. Ini pada saya hasil daripada permuafakatan kita,” katanya selepas merasmikan “Majlis Ikrar Integriti Korporat” dengan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di Maktab Koperasi Malaysia, di Petaling Jaya dekat sini hari ini.

Hasan berkata antara pemain industri harga barangan yang akan turut serta dalam program itu ialah Mydin, Nestle, NSK, Aeon, Tesco dan beberapa lagi yang akan turut sama terlibat tidak lama lagi.

Menurutnya, usaha dan kerjasama ini diharap dapat membantu masyarakat memilih barangan yang murah dan berkualiti di samping tidak membeli barangan yang mahal.

Sementara itu, Hasan berkata sebanyak sembilan peniaga telah dikompaun RM1,000 dan barangan perniagaan dirampas kerana didapati ingkar peraturan yang ditetapkan di bawah Skim Kawalan Harga sempena Tahun Baharu Cina.

“Kesalahan yang mereka telah buat ini ialah gagal guna atau pamerkan tanda harga pink, merah jambu itu. Ini kesalahan yang cukup jelas dan ini membolehkan kita saman terus,” katanya.

Jelasnya, lima daripada kesalahan dikesan di Pahang dan empat lagi di ibu negara.

Hasan berkata sebanyak 4,836 premis perniagaan seluruh negara telah diperiksa sejak Skim Kawalan Harga dilancarkan tiga hari lepas. – BERNAMA

Tags: Harga BarangHasan Malek
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

Berita Palsu Kenaikan Harga Barang, Harga Minyak Langkah Khianat Negara – PM Anwar

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Penyebaran berita palsu mengenai kenaikan harga minyak dan harga barang merupakan langkah khianat kepada rakyat dan negara....

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

Kesan Konflik Asia Barat Sudah Terasa, Rakyat Diminta Tidak Panik

24/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Penasihat Kanan Politik kepada Perdana Menteri, Tengku Zafrul Abdul Aziz menegaskan bahawa kesan konflik di Asia Barat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd