• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

PRK Chempaka: Senarai Calon PAS Dikeluarkan Seminggu Lagi

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BAHARU – PAS Kelantan dijangka mengeluarkan senarai pendek calonnya bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Chempaka dalam tempoh seminggu lagi.

“Sekarang ini, kita dalam proses menerima nama calon itu. Insya-Allah seminggu lagi akan dapatlah namanya,” kata Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob kepada pemberita di sini, hari ini.

Ahmad yang juga Pesuruhjaya PAS Kelantan berkata parti itu tidak boleh meletakkan calon sembarangan untuk bertanding kerusi DUN itu kerana ia merupakan kawasan bekas Mursyidul Am PAS Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

PRK Chempaka diadakan berikutan kematian Nik Abdul Aziz, yang juga bekas menteri besar negeri ini, pada 12 Feb lepas akibat kanser prostat.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13 lepas, Nik Abdul Aziz menewaskan calon Barisan Nasional, Wan Razman Wan Abd Razak dengan majoriti 6,500 undi.

Nik Abdul Aziz mendapat 12,310 undi manakala Wan Razman memperoleh 5,810 undi.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan tarikh PRK DUN Chempaka pada 22 Mac manakala hari penamaan calon pada 10 Mac.

Pengundian awal pula diadakan pada 18 Mac.- BERNAMA

Tags: Ahmad Yakob
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Hormati Jalur Gemilang, Lambang Kedaulatan Negara

10/08/2017
0

PASIR PUTEH - Jalur Gemilang perlu dihormati dan dikibarkan kerana ia merupakan simbol dan lambang kedaulatan Malaysia yang tercinta, kata...

MB Kelantan Dahului Penerima Darjah Kebesaran Kelantan

12/11/2016
0

KOTA BHARU Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob mengetuai senarai penerima gelaran kebesaran, darjah kebesaran, bintang, pingat, surat kepujian dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd