• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 1, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Pahang Lancar Ops Selamat Sempena Tahun Baharu Cina

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Polis Pahang melancarkan Ops Selamat keenam bermula hari ini sehingga 26 Feb bagi mengurangkan kadar kemalangan maut bersempena perayaan Tahun Baharu Cina pada minggu hadapan.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Supt Mohd Noor Yusof Ali berkata, pengguna jalan raya di negeri ini juga diminta memandu secara berhemah terutama di kawasan yang kerap berlaku kemalangan termasuk di Lebuhraya Pantai Timur (LPT).

“Selain itu pemanduan mengikut peraturan seperti memakai tali pinggang keledar dan tidak memotong garisan berkembar juga penting untuk mengurangkan kadar kemalangan maut,” katanya dalam sidang media di sini pada Khamis.

Beliau berkata, beberapa daerah disenarai antara lokasi yang kerap berlaku kemalangan terutamanya pada musim perayaan.

“Bagi daerah Kuantan di KM36-48 Jalan Kuantan-Maran, KM11-20 Jalan Kuantan-By Pass (perumahan Damansara), KM32-35 Jalan Kuantan-Kemaman (Kampung Sungai Ular) dan KM23 Jalan Kuantan-Gambang.

Katanya, di Pekan pula lokasi terbabit di KM7-11 Jalan Kuantan-Pekan (Kampung Tanah Putih), KM62-65 Jalan Kuantan-Segamat (Ladang IOI) manakala di Rompin ialah KM104-110 Jalan Kuantan-Segamat (Dara Teh), KM112-115 Jalan Kuantan-Segamat (Perantau Damai) dan KM120-124 Jalan Kuantan-Segamat (Selancar).

Mohd Noor berkata di Maran, KM66-82 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Ulu Luit), KM95-102 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Sg Ling) dan KM108-117 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kg Awah).

“Bagi daerah Temerloh, lokasinya KM123-125 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kg Paya Jauh), KM162 Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kg Dala) dan KM168 Jalan Jalan Kuantan-Kuala Lumpur (Kg Jambu Rias),” katanya.

Katanya, di Kuala Lipis lokasi yang kerap berlaku kemalangan ialah di KM59 Jalan Kuala Lipis-Merapoh-Gua Musang sementara di Bentong ialah KM75 Jalan Kuala Lumpur-Karak dan KM7 Jalan Bentong-Raub.

Bagi daerah Raub katanya, lokasinya ialah di KM326-325 Jalan Kuala Lumpur-Kota Bharu (Kuala Atok)sementara di Jerantut ialah di KM2-4 Jalan Jerantut-Benta, KM15-24 Jalan Jerantut-Benta (Kg Damak) dan KM42-56 Jalan Jerantut-Kota Gelanggi 1&2.

Di Bera, di KM30 Jalan Temerloh-Bahau dan KM48 Jalan Temerloh Bahau manakala di LPT pula lokasi panas terbabit ialah di KM202-205 Kuantan, KM208-212 Kuantan, KM179-183 Maran, KM159-162 Maran dan KM95-105 Temerloh.

Sementara itu katanya, orang ramai dijemput hadir pada Majlis Pelancaran Ops Selamat yang akan diadakan di pusat beli-belah Berjaya Mega Mall, Kuantan pada Isnin depan. – BERNAMA

Tags: Ops Selamatpolis
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kedah Tidak Benarkan Anak Mudanya Dipengaruhi ISIS

Next Post

10,000 Proton Iriz Didaftarkan Di Malaysia

Related Posts

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

Polis Melaka Cadang Kertas Kerja Haram Jualan Vape

27/05/2025
0

MELAKA – Polis Melaka sedang menyiapkan kertas kerja bagi cadangan mengharamkan penjualan rokok elektronik atau vape sebelum dibentangkan kepada kerajaan...

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

Nahas FRU: Polis Perak Dedah Ada Pihak Cuba Menangguk Di Air Keruh

27/05/2025
0

GERIK – Polis Perak mendedahkan terdapat pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan mengeksploitasi dan memanipulasi waris mangsa anggota Pasukan Simpanan...

Next Post

10,000 Proton Iriz Didaftarkan Di Malaysia

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd