Friday, December 1, 2023

Creating liberating content

Empat Maut Insiden Tayar...

PETALING JAYA - Empat lelaki maut manakala seorang wanita cedera parah selepas terlibat...

Penyakit Jantung Pembunuh Utama...

KUALA LUMPUR - Penyakit jantung kekal sebagai penyebab utama kematian rakyat Malaysia bagi...

“Berlakon Kena Real” –...

MAKIN lama makin terasa kehangatan filem Abang Long Fadhil 2 yang bakal menemui...

Zaman MAS Sebagai Syarikat...

KUALA LUMPUR - Zaman Malaysia Airlines (MAS) sebagai syarikat penerbangan legasi bagi Malaysia...

10,000 Proton Iriz Didaftarkan Di Malaysia

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei) – Kira-kira 10,000 kereta Proton Iriz didaftarkan di Malaysia sejak pelancarannya pada September tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Sdn Bhd Norzahid Mohd Zahudi.

Proton Edar merupakan cabang pengedaran pengeluar kereta tersebut.

Norzahid berkata Proton menerima purata 150 tempahan sehari bagi kereta kompak itu didorong oleh permintaan untuk varian automatik 1.6 liter.

“Varian automatik 1.6 liter merupakan penyumbang terbesar kepada jualan Iriz, kira-kira 45 peratus pada masa ini, tetapi jualan varian automatik 1.3 liter mula meningkat,” katanya kepada pemberita pada Proton Iriz Media Drive Borneo di sini hari ini.

Beliau berkata Proton menyasarkan untuk menjual 4,000 Iriz sebulan pada tahun ini.


Norzahid berkata pada mulanya, hanya dua varian Iriz – manual 1.3 liter dan automatik 1.6 liter – dikeluarkan.

Norzahid berkata pembeli biasanya mengambil pendekatan tunggu dan lihat sehingga Iriz sering dilihat di jalan raya sebelum mereka berkeyakinan untuk membeli kereta tersebut.

Beliau berkata Proton juga tidak menumpukan pada segmen kompak untuk sementara dan bagi pengeluar kereta tersebut menguasai pasaran akan mengambil sedikit masa. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori