• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Plus Beri Rebat 30% Sempena Tahun Baru Cina

oleh Ahmad Albab
11/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Plus Malaysia Berhad (PLUS) akan memberi rebat tol sehingga 30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 di lebuh raya itu sempena musim perayaan Tahun Baharu Cina ini.

Rebat sebanyak 20 peratus pula akan diberikan bagi perjalanan pada hari puncak iaitu 17, 18, 21, dan 22 Feb dan ia melibatkan pengguna kenderaan Kelas 1 yang mematuhi jadual Cadangan Waktu Perjalanan (TTA) yang dikeluarkan Plus.

Plus turut memberikan rebat 30 peratus kepada pengguna kenderaan Kelas 1 pada hari bukan puncak, iaitu pada 16 dan 23 Feb.

Pengarah Urusan Plus Datuk Noorizah Abdul Hamid berkata pengguna untuk perjalanan jarak jauh (melebihi 100 km) serta membayar tol secara elektronik layak menikmati faedah itu.

“Berdasarkan kajian Plus mendapati kadar pematuhan yang tinggi terhadap TTA dapat mengurangkan kesesakan di laluan utama lebuh raya, kawasan rehat dan plaza tol,” katanya kepada pemberita di Galeri Mufors di sini, Rabu.

Katanya orang ramai boleh merujuk jadual TTA menerusi laman Twitter di www.twitter.com/plustrafik dan memuat naik jadual itu menerusi aplikasi plus mobile.

Noorizah berkata bagi keselesaan orang ramai pada musim perayaan itu, sebanyak 3,000 kakitangan Plus akan ditempatkan di plaza tol dan membuka 1,200 kaunter tol di lebuh raya serta membuka kawasan meletak kenderaan tambahan di 21 kawasan rehat dan hentian sebelah terpilih.

Selain itu, kerja-kerja pembinaan (kecuali kerja-kerja kecemasan) di lebuh raya akan dihentikan antara 13 hingga 22 Feb bagi membolehkan pengguna TTA menikmati perjalanan yang lancar.

“Kementerian Pengangkutan juga telah mengeluarkan arahan agar kenderaan berat tidak memasuki lebuh raya pada 17, 18, 22 dan 23 Februari ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: PLUS
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

Kenderaan Keselamatan Hentikan Trafik Demi Tampal Jalan

18/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Tindakan beberapa kenderaan keselamatan menghentikan sepenuhnya aliran trafik di lebuh raya bagi kerja menampal lubang jalan mencetuskan perbincangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd