• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pihak Terlibat Curi Air Di Pantai Remis Akan Didakwa

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

LUMUT – Kerajaan negeri Perak melalui Lembaga Air Perak (LAP) akan mendakwa beberapa pihak yang terlibat dalam kegiatan mencuri air di sekitar Kampung Bagan Panchor, Pantai Remis, di sini, sejak enam bulan lepas.

Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir berkata pihak LAP menerusi siasatan yang dijalankan mereka telah mengenal pasti pihak terbabit dan berharap pendakwaan dapat dilakukan dengan segera.

“Bukti kes telah dikumpulkan, saya berharap pihak berkuasa dapat segera siapkan kertas pendakwaan kepada pihak terlibat agar perkara ini dapat diselesaikan dengan segera.

Dengan adanya kertas pendakwaan ini kelak, diharap ianya dapat menghentikan cubaan sesetengah pihak yang cuba mempertahankan mereka yang mencuri air tanpa menyedari tindakan tersebut membawa pelbagai kesusahan kepada rakyat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas menyampaikan anugerah Pingat Jasa Malaysia kepada 30 perajurit veteran negara di Teluk Batik, di sini.

Zambry berkata kegiatan mencuri air itu akan menyebabkan kerugian berjuta ringgit kepada sumber kerajaan negeri serta menjejaskan kehidupan seharian masyarakat di kawasan berkenaan.

“Kegiatan ini turut menyebabkan kekurangan bekalan air di kawasan penempatan dan perindustrian sekitar Panchor, Batu Hampar dan Sungai Tinggi.

Saya tidak peduli dia tebuk lubang kecil atau besar, ataupun di mana sahaja.
Kecurian air tetap kecurian air, jadi kita akan laksanakan tindakan yang sewajarnya untuk menghentikan sindiket tidak bertanggungjawab ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut meminta agar pihak LAP dapat menambah baik dan menaik taraf saiz paip yang menjadi saluran utama kepada bekalan air di seluruh kawasan itu. – BERNAMA

Tags: airZambry Abdul Kadir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

Rakyat Diminta Berjiwa Besar, Jimat Penggunaan Minyak, Elektrik Dan Air

10/04/2026
0

PUTRAJAYA - Masyarakat diminta mengamalkan gaya hidup lebih berjimat dan sederhana dalam menghadapi tekanan krisis tenaga global ketika ini. Menteri...

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

Ahmad Zahid Seru Rakyat Guna Air Secara Berhemah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyeru kepada seluruh rakyat agar menggunakan air secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd