• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, March 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ustaz Kazim Didakwa Rasis Kerana Ceramah 5 Tahun Lalu

oleh AK-47
05/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

BAGAIKAN menangguk di air keruh gara-gara isu Datuk Ismail Sabri yang dikatakan bersifat rasis apabila meminta pengguna memboikot peniaga Cina yang tamak dan enggan menurunkan harga barang tanpa alasan munasabah, satu laporan polis dibuat seorang individu terhadap Datuk Ustaz Kazim Elias semalam, kerana mendakwa beliau bersikap rasis dalam satu ceramahnya LIMA tahun lalu!

BERKAITAN: Ustaz Kazim Buat Laporan Polis, Sifatkan Dirinya Bukan Rasis

BERKAITAN: Isu Boikot Peniaga Cina, PDRM Siasat Ismail Sabri

Pengerusi Persatuan Penduduk Kampung Jambu, Tumpat, Kelantan Pui Tiong Lam yang membuat laporan di Balai Polis Wakaf Bharu, Tumpat, kira-kira jam 11.05 pagi Isnin mendakwa, dia bertindak begitu selepas menerima kiriman mesej menerusi aplikasi Whatsapp daripada rakan yang memaparkan Ustaz Kazim sedang memberikan ceramah.

Dia mendakwa terkejut apabila melihat dalam rakaman berdurasi 10 minit terbabit, Ustaz Kazim telah menghina kaum Cina, antaranya mereka hanya tahu melepak di kedai-kedai ‘minum’ dan mabuk secara terbuka tanpa menghiraukan orang ramai selain tidak banyak berkhidmat dalam pasukan keselamatan negara.

Harus diingat, Ustaz Kazim memang sudah lama kena aim dengan puak-puak DAP sebab beliau seorang ulamak berpengaruh yang pro-kerajaan.

Justeru, ceramah 5 tahun lepas pun jadi bahan politik kini tidak la sesuatu yang memeranjatkan.

kazim

Berdasarkan laporan portal ismaweb.net, di bawah adalah salinan transkrip ucapan Ustaz Kazim dalam ceramah tersebut yang dianggap rasis oleh Tiong Lam:

“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina? Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”

BACA: Teresa Persoal Isu Pengislaman Orang Asli Di Pahang

Pantang dapat peluang kan? Anda nilaikanlah sendiri… -MYNEWSHUB.CC

Tags: isu rasislaporan polisustaz kazim elias
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

Inspektor Sheila Buat Tiga Laporan Polis

14/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pegawai polis dikenali 'Inspektor Sheila' membuat tiga laporan polis susulan insiden membabitkan dirinya termasuk kes terbaharu di sebuah...

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

Akaun TikTok Salah Guna Gambar Tengku Permaisuri Selangor, Istana Lapor Polis

19/09/2025
0

SHAH ALAM: Istana Selangor membuat laporan polis terhadap akaun palsu di TikTok yang menyalahgunakan gambar Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd