• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Guan Eng Arah Hadi Hadir Mesyuarat Pakatan Ahad Ini

oleh Ahmad Albab
06/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang perlu menghadiri mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) Ahad ini bagi membolehkan sebarang keputusan berhubung isu-isu berbangkit dibuat secara kolektif.

Lim berkata pihaknya sedia berbincang perkara-perkara bernas yang melibatkan kepentingan rakyat berdasarkan fakta.

“Di sini saya rasa pendirian DAP amat jelas dan yang paling penting adalah menyelesaikan perkara berbangkit berdasarkan fakta dan bukan fitnah,” katanya.

Beliau berkata tanpa kehadiran presiden PAS, mesyuarat itu tidak dapat diteruskan kerana Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) telah menetapkan bahawa semua keputusan harus dibuat secara kolektif dengan kehadiran semua pemimpin Pakatan Rakyat (PR).

“Kami mendapat jaminan Hadi akan datang, jika tidak mesyuarat tidak diteruskan,” katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai mesyuarat Pakatan Rakyat yang dijadual Ahad ini.

Konflik antara DAP dan PAS mula timbul apabila isu pilihan raya kerajaan tempatan dan pelaksanaan hukum hudud, yang masing-masing diperjuangkan oleh DAP dan PAS, telah mencetuskan perbalahan antara dua parti gabungan Pakatan Rakyat itu.

Akhbar sebelum ini melaporkan Mustafa mencabar Lim bersemuka berikutan dakwaan Lim bahawa beliau (Mustafa) tidak jujur dalam isu pelaksanaan pilihan raya PBT.

Ditanya sama ada beliau mungkin berasa kekok untuk bertemu pemimpin PAS, Lim menegaskan bahawa tidak akan ada kejanggalan kerana pemimpin DAP berkata benar berdasarkan fakta.

Terdahulu, Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang melancarkan projek menaik taraf jejantas pejalan kaki di persimpangan Jalan Penang/Jalan Burmah/Jalan Dr Lim Chwee Leong di sini.

Projek bernilai RM6 juta yang ditaja syarikat swasta itu bermula hari ini dan dijangka siap dalam tempoh sembilan bulan dan apabila siap, jejantas itu akan dilengkapi kemudahan lif dan tangga bergerak. – BERNAMA

https://www.youtube.com/watch?v=0apAnUuF360

Tags: Hadi AwangLim Guan Eng
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

Lim Guan Eng Saran PMX Anwar Sasar Pihak Bank, Bukan Golongan T20

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Penasihat DAP, Lim Guan Eng menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya menyasarkan pihak bank berbanding...

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

Lim Guan Eng Tegur PMX Anwar: Tidak Patut Memecahbelahkan Rakyat Golongan T20, 80 Peratus

13/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak sepatutnya memecahbelahkan rakyat kepada 'kami' dan 'mereka' iaitu golongan berpendapatan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd