• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, February 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Bakal Miliki Dua Lagi Universiti – MB

oleh Ahmad Albab
16/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ARAU – Perlis bakal memiliki dua buah lagi universiti yang akan melonjak negeri ini sebagai pusat ilmu, kata Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man.

Beliau berkata kerajaan pusat telah meluluskan pembinaan sebuah universiti swasta di Chuping manakala Majlis Amanah Rakyat (MARA) telah menerima cadangan kerajaan negeri untuk mendirikan ‘Institute of Railway Engineering’ (UniKL-IRE) di Padang Besar.

“Kedua-dua pusat pengajian ini terletak dalam kawasan Parlimen Padang Besar yang dijangka memberi impak mendalam terhadap pembangunan Perlis yang telahpun mempunyai tiga buah universiti,” kata Azlan kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kerajaan negeri kepada 313 orang masyarakat Tionghua dalam kawasan Dewan Undangan Negeri Pauh sempena Tahun Baharu Cina.

Golongan ibu tunggal dan orang miskin menerima RM150 seorang manakala anak-anak yatim RM100 seorang.

Azlan berkata berkata universiti swasta tersebut yang menjurus bidang teknikal bakal dibina berhampiran kawasan industri baharu di Chuping seluas 750 hektar yang akan dibangunkan tidak lama lagi.

Sementara itu, pembinan UniKL-IRE telah dibincangkan dengan MARA dan mendapat tanda postif, katanya.

“Saya melihat UniKL-IRE berpotensi dengan perkembangan industri keretapi termasuk dengan adanya perkhidmatan LRT, MRT dan mungkin pada masa hadapan trem serta pembinaan landasan keretapi ASEAN dari Malaysia ke China,” katanya dan menambah, sekiranya berjaya diwujudkan, UniKL-IRE bakal menjadi satu-satunya institusi pengajian berkaitan kejuruteraan keretapi pertama dalam ASEAN. – BERNAMA

Tags: PerlisUniversiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd