• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perlis Akan Dijadikan Negeri Bandar Raya

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Setelah menempuh era Perlis Negeri Maju 2015, Kerajaan Negeri Perlis kini menumpukan perhatian untuk menjadikan Perlis Negeri Bandar Raya menjelang tahun 2030.

Menteri Besar, Datuk Seri Azlan Man berkata usaha untuk memenuhi sasaran Perlis Negeri Maju 2015 bagaimanapun akan diteruskan sehingga penghujung tahun ini.

Beliau berucap merasmikan Mesyuarat Agung ke-12 Majlis Bekas Wakil Rakyat (Mubarak) Negeri Perlis di Kompleks Dewan Undangan Negeri Seriab dekat sini, hari ini.

Katanya kerajaan negeri telah mengenal pasti empat zon pertumbuhan untuk dibangunkan sehingga tahun 2030 iaitu Padang Besar, Kangar, Kuala Perlis dan Kuala Sanglang/Kuala Sungai Baru.

Pembangunan bagi mencapai wawasan negeri bandar raya turut melibatkan kerja-kerja pembangunan Sungai Perlis dari Kuala Perlis ke bandar Kangar untuk menjadikannya sebagai tarikan pelancong, kata Azlan.

“Semua projek ini memerlukan perbelanjaan hampir RM1 bilion dan ia hanya boleh menjadi kenyataan dengan sokongan kerajaan pusat,” tambahnya.

Azlan berkata penyertaan pihak swasta sebagai peneraju projek itu sangat penting dan kerajaan negeri akan bertindak sebagai pemudah cara.

Katanya banyak pelabur tempatan dan luar negara menunjukkan minat untuk melabur dalam projek itu tetapi mereka mahu kemudahan-kemudahan asas seperti jalan raya, bekalan elektrik dan air, sistem kumbahan, perhubungan dan landasan keretapi disediakan terlebih dahulu.

“Jika infrastruktur asas dapat disediakan, saya menjangka kita akan menerima pelaburan lebih RM4 bilion dalam empat zon tersebut dan sekaligus menafikan bahawa kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa untuk membangunkan Perlis,” katanya.

Mengenai Mubarak Perlis, beliau berkata majlis itu membantu kerajaan negeri menjelaskan kepada rakyat mengenai usaha-usaha yang sedang dilakukan bagi membangunkan negeri ini termasuk menyediakan peluang-peluang pekerjaan.

Yang Dipertua Mubarak Perlis, Datuk Selamat Saad memberi jaminan majlis itu akan terus memberi sokongan kepada kerajaan negeri terutama mempertahankan kemenangan pada pilihan raya umum akan datang.

Sempena majlis itu Azlan menyampaikan 100 buah buku ‘Seratus Wira Negara’ karya Presiden Mubarak, Tan Sri Abdul Aziz Rahman kepada wakil Jabatan Pendidikan Perlis, Sabri Ismail untuk diagihkan kepada 100 buah sekolah di negeri ini. – BERNAMA

Tags: Azlan Man
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

Azlan Man Hadapi 5 Tuduhan Tuntutan Palsu Lebih RM1.18 Juta

10/04/2023
0

KANGAR: Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man didakwa di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini, terhadap lima pertuduhan...

Shahidan Kassim Digantikan Azlan Man

25/04/2021
0

KUALA LUMPUR - Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man mengantikan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim selaku Pengerusi Badan Perhubungan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd