• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penumpang AirAsia X Berlepas Dengan Pesawat Lain

oleh Ahmad Albab
08/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – Penerbangan AirAsia X ke Jeddah, yang mengalami masalah teknikal dan selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2) pada 5.40 petang tadi, berlepas pada 7.23 malam tadi menggunakan pesawat lain.

AirAsia X Berhad dalam kenyataan media malam ini menyatakan kesemua penumpang dipindahkan ke pesawat lain itu, yang dijadualkan berlepas pada 7 malam.

Syarikat itu mengesahkan pesawat yang berpatah balik itu mengalami masalah teknikal sebaik sahaja berlepas dari KLIA2.

“Sebagai langkah keselamatan dan mematuhi sepenuhnya semua standard keselamatan antarabangsa, pesawat itu berpatah balik dan selamat mendarat di KLIA2 pada 5.40 petang,” kata kenyataan itu di sini.

Sebelum ini, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes yang dipetik AFP berkata:”Satu ‘auto-thrust’ tidak berfungsi dengan baik. Sebenarnya okay untuk terbang tetapi kami kembali ke pangkalan”.

Dalam mesejnya kepada AFP, Tony berkata insiden itu adalah ‘isu kecil’.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam tweet beliau juga mengesahnya penerbangan AirAsia X (D7172/XAX172) selamat mendarat di KLIA2 selepas berlegar-legar selama beberapa jam di ruang udara Selat Melaka. – BERNAMA

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

Apasal Kau Tak Reti Cakap Mandarin! – Penumpang China Mengamuk Dengan Krew AirAsia

23/04/2026
0

KUALA LUMPUR, 22 April – Suasana tegang tercetus dalam sebuah penerbangan AirAsia dari Chongqing ke Kuala Lumpur apabila seorang penumpang...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd