• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Diminta Patuhi Harga Ikut Skim Kawalan Musim Perayaan

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGETOWN – Para peniaga di seluruh negara diminta untuk mematuhi harga barangan yang ditetapkan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Tahun Baru Cina 2015, kata Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah.

Ahmad Bashah berkata pematuhan itu perlu diikuti peniaga bagi membolehkan pengguna memperolehi barangan keperluan di musim perayaan dengan harga yang berpatutan selain sebagai satu langkah kerajaan untuk mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat.

“Kita harap peniaga dapat patuhi syarat dengan menjual barangan pada harga yang ditetapkan oleh skim ini. Bukan banyak pun cuma 12 barang sahaja dan skim ini hanya mengambil masa selama 12 hari sahaja bermula hari ini dan ia berakhir 25 Feb depan,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan lawatan bagi meninjau harga barangan di Pasaraya Sunshine dekat sini hari ini.

Ahmad Bashah berkata para peniaga juga diwajibkan menjual barangan harga terkawal tidak melebihi harga maksimum yang ditentukan kerajaan dan meletakkan tanda harga khas berwarna merah jambu ke atas barangan harga terkawal bagi membezakan barangan itu dengan barangan lain.

“Walau bagaimanapun peniaga digalakkan untuk menjual barangan tersebut lebih rendah daripada harga maksimum yang ditetapkan sekiranya harga yang diperoleh mereka lebih rendah,” katanya.

Beliau berkata skim itu dilancarkan Isnin lepas oleh menteri berkenaan Datuk Seri Hasan Malek yang menggariskan sebanyak 12 barang telah dikuatkuasakan untuk harga maksimum di bawah skim berkenaan.

Antara barangan itu ialah ayam hidup, ayam standard, ayam super, telur gred A, B dan C, ikan bawal putih dan daging babi.

Dalam pada itu Ahmad Bashah turut mengingatkan peniaga bahawa tindakan tegas akan diambil terhadap mereka yang gagal mematuhi peraturan-peraturan di bawah skim kawalan harga itu.

“Dalam hal ini, tiada amaran lagi diberikan kepada peniaga, sesiapa yang ingkar dan melakukan kesalahan tindakan akan diambil di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatuan 2011 yang boleh dikenakan denda dan kompaun,” katanya. – BERNAMA

Tags: peniaga
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

Dua Peniaga Dituduh Rogol Pelajar Universiti Dalam Kereta

30/05/2025
0

MELAKA – Dua rakan yang juga penjual makanan di Klebang mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat...

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

Kelar Peniaga Dengan Pisau, Dua Lelaki Direman

03/02/2025
0

GEORGETOWN: Dua lelaki direman tujuh hari hari ini bagi membantu siasatan kes peniaga parah akibat dikelar dengan pisau di sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd