• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembunuhan Warga Mesir: Sisi Beri Amaran Kepada IS

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KAHERAH – Tindakan kumpulan militan Negara Islam (IS) menyiarkan rakaman video pihaknya memenggal kepala 21 warga Mesir beragama Kristian di Libya menimbulkan kemarahan Presiden Abdel Fattah al-Sisi.

Rakaman itu disiarkan menerusi Twitter yang dimuat naik dalam laman web yang menyokong perjuangan IS pada Ahad itu mendorong al-Sisi memberi amaran bahawa negaranya akan bertindak balas terhadap pembunuhan itu.

Bercakap menerusi rangkaian televisyen nasional negaranya, presiden itu berkata, Kaherah akan melaksanakan langkah pada masa yang sesuai bagi menuntut pembunuhan itu.

Agensi berita Mesir, Mena melaporkan jurucakap Gereja Koptik mengesahkan semua 21 warga Mesir Kristian yang dipercayai ditahan IS telah mati.

Tindakan IS itu akan menyukarkan al-Sisi untuk menyelesaikan isu keselamatan berikutan ancaman militan di Libya yang semakin meruncing.

Sebelum ini, Mesir menafikan laporan bahawa pihaknya mengambil bahagian bersama rakan sekutunya, Emeriah Arab Bersatu (UAE) dalam serangan terhadap kumpulan pengganas yang berpangkalan di Libya.

Menerusi video yang dirakamkan berdekatan Tripoli itu, tahanan berbaju oren itu dipaksa melutut dihadapan militan berpakaian hitam sebelum kepala mereka dipenggal.
Video lima minit itu juga menunjukkan seorang militan sambil memegang pisau berkata: “Doakan keselamatan pejuang anda.”

Sejak 2011, ribuan rakyat Mesir yang terdesak untuk mendapatkan pekerjaan berhijrah ke Libya walaupun kerajaannya menasihatkan supaya tidak berbuat demikian.

Televisyen negara itu juga melaporkan selepas berbincang dengan komander tentera negaranya berhubung pembunuhan kejam itu, al-Sisi mengumumkan negara itu berkabung tujuh hari. – mStar Online

Tags: ISMesir
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

Jurulatih Mesir Julang Bendera Palestin Selepas Singkir Australia Di Piala Dunia

04/07/2026
0

Oleh Mynewshub  DALLAS – Ketua jurulatih skuad kebangsaan Mesir, Hossam Hassan, mencuri perhatian dunia apabila mengangkat bendera Palestin sejurus selepas...

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

Alhamdulillah Proton Sudah Berjaya, Pimpinan Bersih Jaga Tatakelola – PMX Anwar

03/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Asri Anwar Ibrahim melahirkan rasa syukur kerana kejayaan yang dikecapi Perusahaan Otomobil Nasional Sdn...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd