• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, July 26, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembatalan Projek Kidex Akan Dirujuk Kepada Kabinet

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kementerian Kerja Raya akan merujuk kepada kabinet berhubung keputusan kerajaan Selangor membatalkan pembinaan projek Lebuhraya Damansara-Kinrara (Kidex).

Menteri berkenaan Datuk Seri Fadillah Yusof berkata ia bertujuan mencari penyelesaian bagi perkara itu.

“Kementerian Kerja Raya berpendapat isu ini perlu diselesaikan menerusi perundingan dengan semua pihak untuk mencari pendekatan terbaik demi rakyat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali yang mengumumkan pembatalan pembinaan projek itu semalam menjelaskan bahawa ia dibuat kerana pihak konsesi gagal mematuhi tiga syarat khusus yang ditetapkan kerajaan negeri sehingga tamat tempoh Sabtu lepas.

Antara syarat yang gagal dipatuhi ialah penyediaan Penilaian Impak Lalu Lintas yang bebas, Penilaian Impak Sosial dan Penilaian Impak Alam Sekitar, katanya.

Ini dikatakan bagi membuktikan manfaat projek itu kepada pihak pengguna serta penduduk kawasan terlibat, setelah mengambil kira kesan negatif yang timbul akibat pembinaan lebuh raya berkenaan. – BERNAMA

Tags: JKR
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Menara KL Sasar Sejuta Pengunjung Tahun Ini

Next Post

5 Jun Keputusan Saman Anwar Terhadap Menteri Luar

Related Posts

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

JKR Aktifkan Bilik Gerakan Bencana, Aplikasi Sistem eBencana Hadapi MTL

11/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya (KKR) melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) mengaktifkan Bilik Gerakan Bencana (BiGBen) dan aplikasi mudah...

‘Kenapa Buat Anak Aku Macam Tu?’

Lori Terjunam Dalam Jalan Mendap: JKR Serah Pihak Berkuasa Siasat

21/06/2024
0

KUALA LUMPUR - Jabatan Kerja Raya (JKR) menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga pemandu lori yang maut selepas kenderaan dipandunya terbabas...

Next Post

5 Jun Keputusan Saman Anwar Terhadap Menteri Luar

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd