• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pembaharuan Kontrak Anjur F1 Tahun Depan Diketahui 29 Mac Ini

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pembaharuan kontrak penganjuran perlumbaanFormula Satu (F1) bagi tahun depan akan diketahui selewat-lewatnya 29 Mac ini, kata Pengerusi Sepang International Circuit (SIC) Tan Sri Mokhzani Tun Dr Mahathir.

Mokhzani berkata beliau optimis peluang SIC untuk terus menganjurkan perlumbaan berprestij itu, namun pihaknya masih berbincang dengan Formula One Management.

“Pada masa ini, kita masih dalam perbincangan dengan pihak Formula One Management dan beberapa peguam berhubung kos berpatutan bagi penganjuran F1 untuk tempoh tiga tahun akan datang.

“Kami juga perlu mengambil kira masalah ekonomi negara berbanding tahun-tahun lepas…pada masa ini kita belum membuat keputusan (kontrak penganjuran F1). Kita perlu pastikan rundingan berjalan lancar.

“Selepas mendapat persetujuan, kita akan serahkan kepada Kementerian Kewangan,” katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran Grand Prix F1 Malaysia 2015 di sini semalam.

Perlumbaan Grand Prix F1 Malaysia 2015 akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mac, di Litar Sepang.

Pada majlis tersebut, SIC turut memperkenalkan trofi kejuaraan perlumbaan tersebut yang direka khas oleh pengeluar pewter terkenal negara, Royal Selangor Pewter.

Mokhzani berkata penganjuran F1 dapat melonjakkan ekonomi negara kerana perlumbaan itu bukan tertumpu kepada Litar Sepang sahaja tetapi beberapa pusat perlancongan sekitar Sepang.

“Kita kena ingat, pertama kali kontrak F1 dibincangkan ialah ketika negara sedang mengalami kemelesetan ekonomi pada 1996.

“Apabila kita menganjurkan F1 buat pertama kali pada 1999, keadaan ekonomi tidak begitu baik, tetapi kita tetap menganjurkan kerana kita tahu banyak faedah yang akan diperoleh negara,” katanya.

Turut hadir pada majlis itu, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Phesal Talib, Ketua Pegawai Eksekutif SIC Datuk Razlan Razali dan Pengurus Besar Kanan Komunikasi Strategik Kumpulan Petronas, Liz Kamaruddin. – BERNAMA

Tags: F1
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Piastri Ungguli GP China

Piastri Ungguli GP China

23/03/2025
0

SHANGHAI: Pelumba Australia, Oscar Piastri bangkit daripada kekecewaan perlumbaan pembukaan musim di laman sendiri dengan memenangi Grand Prix China untuk...

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

Penganjuran MotoGP Lebih Murah Berbanding F1, Formula E

21/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Belia dan Sukan memaklumkan penganjuran Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) lebih murah dibandingkan dengan Formula Satu (F1) dan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd