• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pekerja Kilang Perabut Dijumpai Mati Lemas

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PASIR PUTEH – Seorang pekerja kilang perabut Mohd Suhaimi Abdul Hadi, 47, yang dilaporkan hilang ketika menangkap udang di lagun Kuala Semerak ditemui mati lemas semalam.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, DSP Abdul Rozak Muhammad berkata mayat mangsa dijumpai oleh pasukan penyelamat pada pukul 6.45 petang.

“Seramai 48 anggota yang terdiri daripada anggota bomba dan penyelamat, polis, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan Majlis Daerah Pasir Puteh menyertai gerakan mencari mangsa sebaik menerima aduan mengenai kehilangannya pukul 4 petang semalam,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Abdul Rozak berkata polis menerima laporan daripada anggota keluarga mangsa bahawa mangsa tidak pulang ke rumah di Kampung Jelor di sini, selepas pergi menangkap udang di lagun berkenaan pukul 10 malam Ahad lepas.

Katanya pasukan penyelamat melancarkan gerakan mencari di kawasan berkenaan sebaik menerima maklumat terdapat pakaian mangsa yang ditinggalkan di tebing lagun tersebut.

Sementara itu, seorang rakan mangsa, Roslan Mat Deris, 45, ketika ditemui berkata beliau kerap bersama mangsa mencari udang di kawasan itu tetapi pada malam kejadian beliau tidak dapat menyertai mangsa kerana ada urusan lain.

“Mangsa bersemangat mencari udang di situ disebabkan pada malam sebelum kejadian mangsa memperolehi udang sebanyak satu kilogram,” katanya.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penguasa Bomba Wan Baijuri Wan Hassan berkata pihak berkuasa telah memasang papan amaran bahaya agar orang ramai tidak pergi ke lagun berkenaan. – BERNAMA

Tags: mati lemas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isteri Mimpi Suami ‘Minta Tolong Bawa Naik’

30/03/2021
0

KUALA BERANG - "Malam tadi saya bermimpi suami datang kata rindukan saya dan dia juga meminta tolong membawa dia naik....

Budak 2 Tahun Mati Lemas Dalam Besen Rumah Pengasuh

03/03/2021
0

GEORGETOWN - Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun ditemui tidak sedarkan diri selepas dipercayai lemas dalam besen di rumah pengasuhnya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd