• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, July 6, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peguam Jangka Anwar ‘Keluar’ Penjara Sekejap Selasa Depan

oleh AK-47
12/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEGUAM mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim, J Leela memaklumkan Ketua Pembangkang itu akan dibawa ‘keluar’ dari penjara untuk ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Selasa depan.

Pembebasan sementara itu untuk membolehkan Anwar memberi keterangan dalam kes saman RM100 juta beliau ke atas Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman, memetik laporan portal Malaysiakini.

Anwar dikatakan diarah memberi keterangan susulan dakwaan Anifah beliau ditawarkan RM100 juta untuk memujuk beberapa wakil rakyat Barisan Nasional (BN) di Sabah supaya melompat parti menyertai Pakatan Rakyat.

Dalam pembelaannya berhubung ‘kisah’ 16 September 2008 sebelum ini, Anifah turut mendakwa Anwar pada ketika itu memberitahu beliau sudah mendapat sokongan mencukupi daripada Ahli Parlimen BN untuk membentuk kerajaan.

Selain J Leela, Anwar turut diwakili peguam Razlan Hadri Zulkifli bagi kes ini.

MENARIK – VIDEO : Suasana Kecoh Lepas Anwar Disabit Bersalah

Jika benar, maka Anwar akan dapat keluar sebentar dari Penjara Sungai Buloh selepas kira-kira seminggu menjalani hukuman penjara 5 lima tahun yang dijatuhkan ke atasnya bermula Selasa.

Anwar dijatuhi hukuman tersebut oleh Mahkamah Persekutuan selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan, 7 tahun lalu.

http://youtu.be/NVotcEsGN1A

Sebelum itu, pada Mac 2014 Anwar sudah pun dijatuhi hukuman penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan yang mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi sebelum itu yang melepas dan membebaskan Anwar daripada tuduhan sama.

– MYNEWSHUB.CC

Tags: Anwar Ibrahimkes mahkamah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

PH Patut Menang Besar Sebab PMX Ada 52% Sokongan Rakyat

04/07/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Datuk Mohd Zaid Ibrahim secara sinis menyindir kenyataan bekas Ahli...

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

Ramanan Baca Kat Mana TMJ Kena Hentam Kiri Kanan?

21/06/2026
0

Kahkahkah.. Ramanan baca kat media sosial mana TMJ kena hentam kiri kanan ni? Baca kat Josh, Moj, Koo atau Kutumb...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd