• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pegawai Kastam P.Pinang Maut Motosikal Dirempuh Lori

oleh Ahmad Albab
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang pegawai Jabatan Kastam Pulau Pinang yang dalam perjalanan ke pejabatnya di Perai, terbunuh apabila motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori di Jalan Perusahaan, di sini hari ini.

Ghazali Ishak, 33, yang bertugas sebagai pegawai penyiasat di Kastam cawangan Perai, mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Rusli Mohd Noor berkata dalam kejadian pada 9.30 pagi itu, sebuah lori dikatakan hilang kawalan dan terbabas ke kanan sebelum masuk ke laluan bertentangan dan melanggar motosikal Honda EX5 yang ditunggang mangsa.

Sementara itu, dalam kemalangan di KM119.3 Lebuhraya Utara Selatan menghala selatan berhampiran Bertam, dekat sini, seorang warga emas Chaw Kuai Sam, 65, maut apabila motosikal yang ditunggangnya melanggar belakang lori.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) ACP Abdul Rahman Ibrahim berkata ketika kejadian pada 7.10 pagi, mangsa dari Sungai Petani, Kedah sedang dalam perjalanan ke Seberang Jaya.

“Lori itu dikatakan berhenti di lorong kecemasan dipercayai kerana masalah brek,” katanya. – BERNAMA

Tags: kemalangan maut
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

Kemalangan Maut: Sekadar Nasihat Berhati-Hati Di Jalan Raya Tak Cukup

02/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Sekadar menasihatkan pemandu supaya lebih berhati-hati di jalan raya tidak mencukupi untuk menangani isu kemalangan dan kehilangan...

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd