• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 17, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Pasar Chow Kit Ke Parlimen Tagih Janji DBKL

oleh Ahmad Albab
12/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter
Pemandangan udara sekitar kawasan Pasar Chow Kit yang akan melalui proses pembangunan.
Pemandangan udara sekitar kawasan Pasar Chow Kit yang akan melalui proses pembangunan.

PETALING JAYA – Peniaga di Pasar Transit Jalan Raja Bot mungkin boleh menarik nafas lega tidak lama lagi apabila rungutan mereka mengenai projek pembangunan semula pasar itu akan dibawa ke Parlimen, Mac ini.

Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, beliau maklum akan masalah yang dihadapi peniaga di pasar transit yang sudah kira-kira enam bulan menjalankan perniagaan di situ.

Namun, beliau menganggap masalah itu dapat ditangani jika projek berkenaan siap mengikut jadual.

“Saya hanya mahu kepastian bahawa projek pembangunan semula kawsaan Chow Kit ini tak tertangguh.

“Saya katakan demikian kerana saya sedar dan nampak tak ramai pekerja di tapak projek itu,” katanya kepada mStar Online.

Menurut Johari, selepas turun padang dan melihat sendiri perkembangan projek itu yang melibatkan kawasan Chow Kit dan Jalan Raja Bot, timbul kebimbangan sama ada kontraktor yang dilantik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) benar-benar berwibawa atau sebaliknya.

Kebimbangan tersebut hampir ‘senada’ dengan sebahagian peniaga yang menyatakan keresahan mereka jika projek pembangunan itu memakan masa lebih lama dan tidak dapat disiapkan mengikut jadual iaitu pada 2017.

Ini kerana, peniaga mendakwa telah merasai kesan dari segi kemerosotan pendapatan ekoran masalah yang timbul seperti kedudukan gerai tidak strategik, tiada tandas awam, tiada bekalan air dan elektrik serta tiada papan tanda promosi seperti dijanjikan DBKL.

“Pada sesi Parlimen akan datang, salah satu soalan saya ialah, saya nak tahu syarikat mana yang dapat projek ini sebab saya tak dimaklumkan mengenainya.

“Kemudian saya nak tahu berapa lama jangka masa yang telah ditetapkan kepada mereka dan adakah terdapat jangkaan akan berlakunya penangguhan terhadap pembangunan pasar ini,” katanya.

Mengenai dakwaan peniaga bahawa pendapatan mereka terjejas selepas bersetuju memberikan laluan kepada pembangunan kompleks pasar yang lebih moden, beliau ada dimaklumkan mengenai pengurangan kapasiti terhadap peniaga.

Namun, Johari berkata, mana-mana peniaga yang melalui proses pembangunan semula kawasan perniagaan tidak dapat lari daripada ‘gangguan’ seperti ini.

Bagaimanapun beliau berkata, itu tidak bermakna DBKL harus melupakan janji-janji yang dibuat kepada peniaga sebelum mereka bersetuju untuk dipindahkan ke pasar sementara.

“Apa sahaja yang dijanjikan DBKL kepada peniaga, maka DBKL kena bertanggungjawab untuk memenuhi kehendak mereka yang bersetuju untuk berpindah bagi memudahkan pembangunan dilakukan,” katanya.

Katanya, setakat ini beliau tidak mengadakan perbincangan dengan DBKL, kerana komunikasi secara langsung lebih melibatkan persatuan peniaga, Perbadanan Kampung Baru dan DBKL sendiri.

“Banyak perkara yang dipersetujui antara mereka, ia tidak melalui pejabat saya tetapi sebagai wakil rakyat, kalau ada masalah saya akan memainkan peranan.

“Dalam isu ini, persatuan peniaga boleh terus datang jumpa saya dan bincang. Tapi mereka harus datang dengan fakta-fakta berkaitan,” katanya.

Pada Isnin, mStar Online, dalam laporannya mendedahkan rungutan peniaga di Pasar Transit Jalan Raja Bot yang mendakwa pendapatan mereka terjejas, malah ada yang terpaksa gulung tikar lebih awal selepas ditempatkan di pasar sementara.

Mereka turut mengaitkan masalah yang dihadapi dengan pihak DBKL yang didakwa tidak memberi perhatian dari segi kemudahan asas serta tidak menunaikan janji yag dibuat sebelum mereka setuju berpindah ke pasar transit. – mStar Online

Tags: DBKLpasar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

Lebih Banyak Program Boleh Dibanggakan Seperti Festival Rain Rave Akan Diadakan – Menteri

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Lebih banyak program seperti Festival Muzik Air Rain Rave 2026 yang boleh dibanggakan dan dinikmati bersama akan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd