Sunday, May 19, 2024

Creating liberating content

Perintah Berkurung Di ESSZone...

KOTA KINABALU - Perintah berkurung di kawasan perairan tujuh daerah dalam Zon Selamat...

Pusat Pemindahan Mangsa Banjir...

MIRI - Pusat pemindahan mangsa banjir di Dewan Masyarakat Mendamit, Limbang yang dibuka...

Ringgit Rendah Berbanding Dolar...

KUALA LUMPUR - Ringgit rendah berbanding dolar US pada sesi pagi, hari ini,...

Memo Kepada RoS: Polis...

PUTRAJAYA - Polis hari ini memanggil tiga anggota Pemuda Pakatan Harapan untuk mengambil...

Kes Aneh.. Bayi Pasangan Kembar Lahir Beza 2 Bulan

ROMANIA – Mereka pasangan kembar, namun kedua-duanya tidak lahir pada hari yang sama, sebaliknya berpisah selama hampir dua bulan dalam kes yang disifatkan doktor sebagai menakjubkan.

Bayi kembar ini dilahirkan oleh seorang wanita berusia 41 tahun. Bayi pertamanya dilahirkan pada bulan November 2014 manakala kembarnya pula lahir pada Januari 2015.

Meskipun bayi perempuan ini kembar, namun dilahirkan dalam dua tahun yang berbeza.

ibu

Kembar pertama dilahirkan secara normal dan ketika itu doktor menunggu kelahirkan bayi kembar kedua dalam masa beberapa minit.

Namun menakjubkan apabila kesakitan yang dialami wanita itu berhenti.


Akhirnya bayi kembar itu lahir pada bulan Januari melalui pembedahan Caesarean di hospital di Bucharest.

“Ia amat jarang berlaku namun ini semua kuasa Tuhan,’’ kata doktor yang terlibat dalam merawat ibu tersebut, Dr Adrian Sorin Crăciun.

Kembar itu dilahirkan dengan berat masing masing 900 gram dan kurang satu kilogram.

Mereka tinggal di hospital sehingga penghujung Januari dan apabila dibenarkan pulang, berat kembar itu sudah mencecah 2.2 kg dan 2.9 kg. – MYNEWSHUB.CC

https://www.youtube.com/watch?v=6-fJnE1lqH8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori