• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Catat Kemenangan Ke Atas Yadanarbon FC

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pasukan Pahang bermula langkah kanan pada aksi pembukaan Kumpulan G Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) selepas mengalahkan wakil Myanmar, Yadanarbon FC 3-2 di Stadium Mandalar Thiri, Myanmar, Rabu.

Pemain gantian, R. Gopinathan muncul wira skuad ‘Tok Gajah’ menerusi gol kemenangan pada minit ke-88 selepas kedua-dua pasukan pasukan terikat 2-2 pada perlawanan yang disiarkan oleh sebuah televisyen berbayar itu.

Pada aksi hari ini, Pahang berada di depan menerusi gol penyerang importnya, Dickson Nwakaeme seawal minit kelima selepas beliau bijak menyambar bola yang ditampan keluar oleh penjaga gol tuan rumah, Thiha Sithu.

Dickson terus menjadi ‘duri dalam daging’ untuk pasukan tuan rumah apabila menggandakan kedudukan untuk skuad ‘Tok Gajah’, tujuh minit kemudian selepas bijak menggelecek pemain tuan rumah sebelum menolak masuk bola bagi menewaskan Sithu untuk kali kedua.

Yadanarbon FC berjaya merapatkan defisit jaringan pada minit ke-40 selepas pertahanan Pahang, Damion Stewart tertampan bola masuk ke gol sendiri dan keputusan itu kekal sehingga separuh masa.

Bersambung babak kedua, Pahang terus menggandakan asakan bagi memburu jaringan seterusnya namun ditimpa malang selepas kapten pasukan, Mohd Razman Roslan dilayangkan kad merah oleh pengadil pada minit ke-55 kerana mengasari pemain lawan di dalam kotak penalti.

Pemain import dari Ivory Coast, Djedje Maximin Djawa yang mengambil sepakan penalti, mudah menolak masuk bola ke dalam gawang bagi menyamakan kedudukan untuk Yadanarbon FC.

Ketika permainan seolah-olah berakhir dengan keputusan seri, Gopinathan muncul wira menerusi sepakan lencong bagi mengesahkan tiga mata mutlak menjadi milik Pahang.

Satu lagi perlawanan kumpulan G membabitkan Global FC dari Filipina dan South China dari Hong Kong berlangsung lewat hari ini di Stadium Memorial Rizal, Manila, Filipina.

Pahang akan menerima kunjungan Global FC pada aksi kedua kumpulan di Stadium Darul Makmur, Kuantan manakala South China akan menentang Yadanarbon FC di Stadium Mongkok, Hong Kong dan kedua-dua perlawanan berlangsung 11 Mac ini. – BERNAMA

Tags: Piala AFCSkuad Tok Gajah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Warga Emas Potong Zakar Sendiri Selepas Isteri Beralih Hati

Next Post

Permohonan Pengampunan Tanpa Persetujuan Anwar Wajib Ditolak

Related Posts

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

AFC B-16: Aksi Terakhir Kumpulan A Ditangguh Esok

26/09/2018
0

KUALA LUMPUR – Aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bawah 16 Tahun (B-16) Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2018 membabitkan Malaysia...

Next Post

Permohonan Pengampunan Tanpa Persetujuan Anwar Wajib Ditolak

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd