• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Najib Lawat Medan Niaga Satok, Sampaikan Wang Ihsan

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ribuan pengunjung dan peniaga di Medan Niaga Satok di sini jelas cukup teruja pagi ini dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara Datuk Seri Najib Tun Razak yang menjenguk urusan mereka sebelum menamatkan lawatan kerja tiga hari di Sarawak.

Di celah-celah kesibukan orang ramai membeli sayur-sayuran dan ikan di pasar besar dikenali sebagai kawasan Kubah Ria itu, Perdana Menteri diiringi Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem, Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Alfred Jabu serta menteri-menteri kerajaan negeri, bersalaman mesra dan bertanya khabar kepada orang ramai dan peniaga.

Di medan selera pasar itu atau dikenali sebagai Benteng Medan Selera, Najib menyampaikan bantuan wang ihsan kepada 20 daripada 170 mangsa banjir baru-baru ini, dari lima kampung sekitar sini.

Mereka merupakan penduduk sekitar Kampung Gita Laut, Kampung Gita Baru/Lama, Kampung Pinang Jawa, Kampung Tupong Jaya, dan Kampung Tupong Tengah di sini yang menjadi mangsa banjir serius baru-baru ini.

Najib dan rombongannya kemudiannya sempat menjamah makanan terkenal Sarawak seperti Mee Kolok, Laksa Sarawak, Kek lapis dan sebagainya sebagai sarapan sebelum beredar.

Perdana Menteri dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor kemudiannya berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching untuk ke Labuan bagi lawatan kerja dan dijadual berlepas pulang ke ibu negara petang ini.- BERNAMA

Tags: Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Pertahankan Kabinet Baru

30/08/2021
0

BETUL! Rakyat, hasil dan pencapaian perlu diutamakan. Saya perhati ramai yang kecewa dengan pengumuman kabinet baharu hari ini. Seolah-olah kebanyakan...

Kerajaan Lama Berundur, Bursa Terus Elok

30/08/2021
0

BURSA Malaysia telah mencatat prestasi antara terbaik dalam dunia sejak kerajaan lama undur diri pada 16 Ogos lalu.Indeks bursa telah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd