• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, December 9, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MIC: Najib Akan Panggil Palanivel, Subramaniam Sekali Lagi

oleh Ahmad Albab
15/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan memanggil Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan timbalannya Datuk Seri Dr S. Subramaniam minggu depan, bagi mendapatkan penjelasan berhubung perkembangan terkini krisis parti itu.

Ia merupakan kali kedua Najib memanggil kedua-dua mereka bagi menyelesaikan kemelut parti komponen Barisan Nasional itu, selepas kali pertama diadakan awal bulan ini.

“Saya akan jumpa Datuk (Seri) G. Palanivel dan Datuk (Seri) S. Subramaniam sekali lagi Isnin atau Selasa, untuk penjelasan,” katanya ringkas kepada pemberita selepas menghadiri pertandingan Golf Perdana Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM) 2015 Piala Sultan Azlan Shah, di Kuala Lumpur Golf and Country Club, di sini hari ini.

Najib diminta mengulas mengenai kenyataan Palanivel hari ini, yang meminta Pendaftar Pertubuhan (RoS) menarik balik surat-surat yang dihantar kepada MIC sejak krisis parti itu bermula dan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap badan pendaftar pertubuhan itu jika gagal berbuat demikian.

Krisis dalaman MIC tercetus selepas RoS membatalkan pemilihan bagi jawatan tiga naib presiden dan 23 anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) dalam Perhimpunan Agung MIC di Melaka pada November 2013.

Dalam surat bertarikh 5 Dis 2014, RoS mengarahkan MIC mengadakan pemilihan semula bagi jawatan berkenaan dalam tempoh 90 hari.

Pada Isnin lepas, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata MIC perlu mengadakan semula pemilihan bagi semua jawatan termasuk peringkat cawangan dan bahagian bermula April hingga Julai ini, bagi mengelak pembatalan pendaftaran parti itu.

Beliau berkata RoS telah memutuskan pendirian itu bagi memastikan isu pertikaian dalam pemilihan barisan kepimpinan parti kaum India itu dapat diselesaikan secara menyeluruh. – BERNAMA

Tags: MICNajib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

BN Hormati Keputusan MIC, Enggan Campur Urusan Dalaman Parti – Ahmad Zahid

19/11/2025
0

KUALA LUMPUR: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan beliau menghormati sepenuhnya segala keputusan yang dibuat...

Keputusan MIC Sertai PN: ‘Saya Akan Tanya Vigneswaran’ – Ahmad Zahid

Keputusan MIC Sertai PN: ‘Saya Akan Tanya Vigneswaran’ – Ahmad Zahid

20/09/2025
0

KUALA LUMPUR - Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan beliau akan mengadakan pertemuan dengan Presiden MIC,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd