Tuesday, July 23, 2024

Creating liberating content

Malindo Air Mulakan Perkhidmatan...

SYARIKAT penerbangan hibrid, Malindo Air, akan memulakan perkhidmatan harian dari Lapangan Terbang Antarabangsa...

Kaum Pribumi Brazil Sedia...

CAMPO NOVO DE RONDONIA - Kaum pribumi Brazil, Uru-eu-wau-wau yang tinggal di beberapa...

Guru Tidak Perlu Pakai...

PETALING JAYA – Golongan pendidik, khususnya para guru tidak lagi perlu memakai pelitup...

MIC Mesyuarat Esok Tentukan...

PETALING JAYA : MIC tanding PRU15 atau tidak diketahui esok.Ikuti Mynewshub: TelegramPerkembangan ini menyusuli...

Mercun, Tarian Singa Dan Ang Pow Memori Indah Tahun Baharu Cina

MELAKA – Sambutan Tahun Baharu Cina menggamit memori indah zaman kanak-kanak Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Idris Haron tentang mercun, tarian singa dan ang pow.

Seperti kanak-kanak lain yang tinggal bersama masyarakat berbilang kaum di negara ini, Idris tidak melepaskan peluang bermain mercun dan menonton tarian singa bersama rakan-rakannya, yang meraikan perayaan itu.

“Saya juga menanti dengan penuh harapan untuk mendapat ang pow daripada ibu bapa rakan-rakan yang saya ziarah semasa Tahun Baharu Cina…banyak memori indah ketika sambutan itu semasa zaman kanak-kanak,” katanya kepada Bernama di sini.

Idris, 48, berkata bagi masyarakat berbilang kaum di Malaysia, Tahun Baharu Cina sudah menjadi satu daripada perayaan penting yang dirayakan seluruh lapisan masyarakat.


Katanya perayaan itu juga amat penting dalam memupuk perpaduan masyarakat di negara ini.

“Dalam sibuk melaksanakan tugas, tradisi yang kita warisi daripada generasi sebelum ini iaitu meraikan sambutan perayaan tanpa mengenal sempadan kaum dan budaya perlu diteruskan terutama dalam kalangan generasi muda sekarang.

“Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh rakyat Malaysia terutama warga Melaka dan semoga tahun kambing ini membawa kepada kedamaian dan kebahagiaan untuk semua,” katanya. – BERNAMA

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori