Wednesday, July 24, 2024

Creating liberating content

Pusat Pengumpulan Bantuan Banjir...

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menutup operasi Pusat Pengumpulan Bantuan Mangsa...

Patuh GST Kadar Sifar...

PUTRAJAYA - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) memberi amaran kepada...

Imigresen Kelantan Tahan 107...

KOTA BAHARU - Sebanyak 107 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan Jabatan Imigresen...

KKM Sedia Hadapi Kesan...

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) menggerakkan persiapan rapi di semua kemudahan kesihatan peringkat...

Mencintaimu Kesilapan Terbesar, Nota Suami Sebelum Bunuh

CEMBURU yang menguasai diri hingga tak dapat dibendung, antara motif biasa bagi kes pembunuhan tragis membabitkan pasangan bercinta.

Berkemungkinan, itulah juga penyebab satu pembunuhan ngeri di Singapura pada Jumaat lalu apabila seorang suami Ken Ong, 37, bertindak mengelar isterinya Koh Siang Hua, 39, di kediaman mereka di Kondominium Jurong sebelum menikam diri sendiri.

Ken Ong bertindak mengelar isterinya sampai mati selepas lama menyimpan dendam.
Ken Ong dipercayai bertindak mengelar isterinya sampai mati selepas lama menyimpan dendam.

Dalam kejadian yang berlaku di Park View Mansions, Yuan Ching Road itu, seorang pembantu rumah Filipina, Jamelarin Jasmen Corpuz, 37, turut cedera parah apabila cuba masuk campur.

Pengawal keselamatan kondo Lee Jee Kwang menceritakan, Jasmen datang meminta pertolongan padanya dalam keadaan berlumuran darah dengan lengan kiri tersiat hingga menampakkan tulang selain mengalami luka di kepala, leher dan belakang badan.

Pembantu rumah warga Filipina yang turut cedera diserang dalam kejadian di Jurong, Jumaat lalu.
Pembantu rumah warga Filipina yang turut cedera ditetak dalam kejadian di Jurong, Jumaat lalu.

Bagaimanapun dalam keadaan panik dia tak habis-habis meminta supaya membantu tuannya yang sedang diserang suami.

Perbuatan kejam dilakukan Ong ternyata sudah dirancang memandangkan dia sempat memuatnaik satu status di Facebook jam 8.09 pagi itu bertajuk ‘Final Note’ yang mengulas tentang perkahwinannya dengan Koh selama tujuh tahun dan keluarga mentuanya.

Ong juga didapati telah memberi ‘hint’ akan melakukan perkara dahsyat ini menerusi beberapa status lain sebelum ini.

fullscreen_capture_30012015_53919_pma (1)


Tak cukup dengan itu Ong turut mengirim emel bertajuk “Jurong Murder” kepada beberapa media.

Dalam nota yang disertakan, dia menuduh isterinya yang berasal dari Malaysia namun kini memegang taraf penduduk tetap Singapura telah berbuat, “lies, empty promises and betrayal” (banyak menipu, janji-janji kosong dan pengkhianat) selain ayat berbunyi “knowing and loving you is really my biggest mistake in life” (mengenali dan mencintaimu adalah kesilapan terbesar dalam hidup ini).

Ken dan Koh meninggal dunia di hospital ekoran kecederaan dialami manakala pembantu rumah mereka dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

Pihak polis masih menyiasat punca kejadian. -MYNEWSHUB.CC

Oleh: Rem Ramzi

https://www.youtube.com/watch?v=BcbshywtXQ4

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori