Sunday, July 21, 2024

Creating liberating content

LADA Bangga Penglibatan Sekolah...

LANGKAWI - Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bangga dengan penglibatan sekolah dalam program Geopark...

SUPP Sedia Bertanding Jika...

KUCHING - Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) turut bersedia meletak calon jika pilihan...

Hari Suram Di Sukan...

MANILA - Sejarah skuad bola sepak bawah 22 tahun negara diaibkan oleh Kemboja...

Ahli Keluarga Nahas MH370...

AHLI keluarga mangsa tragedi pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak lima tahun...

Menara Kediaman Tertinggi Di Dubai Terbakar

DUBAI – Salah satu menara kediaman tertinggi di dunia, Marina Torch terbakar di sini awal pagi tadi.

Penduduk berkata, kebakaran bermula di tingkat ke-50 dan merebak ke tingkat ke-70.

Kejadian kira-kira jam 2 pagi waktu tempatan di menara setinggi 336.1 meter itu menyebabkan penduduk terpaksa berpindah ke menara bersebelahan.

Marina Torch

Tiada kematian dilaporkan setakat ini, ketika kebakaran berjaya dikawal dan beratus-ratus penduduk dibenarkan kembali ke unit pangsapuri masing-masing.

Penduduk yang terbabit berjaya diselamatkan daripada terkena kecederaan sesak nafas.


Sementara itu, rakaman video amatur yang dimuat naik menunjukkan api marak di bahagian atas menara manakala sisa bangunan kelihatan bersepah di atas jalan raya ketika angin kuat menyebabkan api bertambah besar.

Dubai memang terkenal dengan begitu banyak menara pencakar langit dan beberapa kebakaran pernah berlaku sebelum ini.

Pada 2012, kebakaran berlaku di Menara Tamweel dekat daerah Menara Tasik Jumeirah berpunca daripada puntung rokok yang dibuang dalam tong sampah. – Agensi

https://www.youtube.com/watch?v=iIRiBFv3k5g

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori