• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Media Berkuasa Pengaruhi Pengguna Dan Didik Peniaga

oleh Ahmad Albab
18/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Media berkuasa dan mempunyai pengaruh kuat dalam membantu pengguna dan gerakan kepenggunaan untuk mendidik para peniaga agar tidak bersikap rakus.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Perlis, Datuk Sabry Ahmad berkata media juga perlu memainkan peranan bersungguh-sungguh dengan membuat laporan serta mendedahkan sikap buruk peniaga.

“Laporan berterusan oleh media mampu menyedarkan pengguna dan peniaga,” katanya ketika berucap pada Malam Apresiasi Media dan badan bukan kerajaan (NGO) bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Perlis di sini Selasa malam.

Turut hadir anggota Exco merangkap pengerusi Skuad Pengguna Perlis Rela Ahmad, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan Negeri Hassan Mat, Pengerusi Gerakan Pengguna Perlis Datuk Nordin Abdullah dan Pengarah Pejabat KPDNKK Perlis Khairul Amin Talib.

Sabry berkata gerakan kepenggunaan seperti kelab dan skuad pengguna juga harus bekerjasama erat dengan kementerian dalam menyalurkan maklumat kepada media agar sikap buruk peniaga seperti menaikkan harga barang sesuka hati, didedahkan.

“NGO juga mesti menunjukkan kuasa mereka dengan memastikan peniaga menurunkan harga barang 10 hingga 20 peratus mulai 1 Mac ini. Dalam hal ini, gerakan kepenggunaan mesti agresif membuat pemantauan sehingga ke setiap kedai dan pasar raya,” katanya.

Beliau berkata pada tahun lepas, pejabat KPDNKK Perlis menerima sebanyak 537 aduan kebanyakannya membabitkan penipuan, perkhidmatan dan transaksi melalui Internet.

Daripada jumlah itu, 500 kes berjaya diselesaikan, katanya. – BERNAMA

Tags: mediapeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

Tunku Mahkota Ismail Bangga JDT Dapat Perhatian Meluas Media Antarabangsa

26/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kelab gergasi bola sepak tanah air, Johor Darul Ta’zim (JDT) kini mendapat perhatian meluas media asing selepas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd