• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Masyarakat Tionghua Di Kemaman Terima Dana Raya

oleh Ahmad Albab
17/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Sebanyak 2,028 masyarakat Tionghua di parlimen Kemaman hari ini menerima bantuan Dana Raya sempena sambutan Tahun Baharu Cina pada Khamis ini.

Bantuan diberi RM300 seorang untuk penerima kategori warga emas, orang kelainan upaya (OKU) dan ibu tunggal manakala penerima kategori miskin pula menerima RM400 setiap ketua keluarga.

Bagi Tong Ngan Chai, 72, bantuan wang tunai itu akan dimanfaatkan untuk membeli pelbagai barangan keperluan bagi meraikan hari istimewa mereka.

“Saya sudah tua, sekarang cuma harap pada dua orang anak sahaja beri wang bulanan…mereka hanya bekerja sendiri sahaja dan pendapatan tidak menentu, jadi saya seronoklah dapat duit RM300 hari ini,” kata warga emas itu ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Majlis pengagihan wang Dana Raya itu dirasmikan Anggota Dewan Undangan Negeri Air Putih, Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar.

Han Tong Juan, 45, berkata bantuan itu akan digunakan untuk membeli sedikit barang dapur bagi meraikan bakal tetamu yang bertandang ke rumahnya di Kemasik pada Khamis dan Jumaat ini.

“Saya hanya bekerja sebagai operator pengeluaran kilang di Teluk Kalong dekat Kijal, namun pendapatan yang diperoleh juga tidak menentu bergantung kepada jumlah hari bekerja.

“Terima kasih banyak saya ucapkan kepada kerajaan Barisan Nasional Terengganu yang sangat prihatin dengan nasib kami, golongan kurang berkemampuan untuk terus ceria menyambut Tahun Baharu Cina tidak lama lagi,” katanya.

Dana Raya adalah program bantuan khas yang diberi kepada rakyat Terengganu yang kurang berkemampuan tanpa mengira kaum untuk meringankan beban kewangan mereka menjelang hari perayaan masing-masing. – BERNAMA

Tags: cina
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kisah Ketam Melayu Dalam Bola Sepak Malaysia

02/02/2022
0

Ini bukan cerita rasis. Ini cuma sebuah cerita yang masih jadi sebutan hingga hari ini. Cerita antara Ketam Melayu dan...

Tak Mengaku Salah Tendang Wanita Penghantar Makanan

21/05/2020
0

PETALING JAYA - Lelaki warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini, terhadap dua tuduhan mencederakan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd