MURAH giler!!!
Itu ayat yang dijerit penulis apabila mengetahui ada sebuah kedai makan yang menawarkan pelbagai jenis makanan pada harga cuma RM2 setiap satu.
Secocok namanya, Kedai Makan RM2 yang dibuka di Kampung Changhai, Changlun ini menerima sambutan yang luar biasa daripada pelanggan yang ingin menikmati pelbagai keenakan juadah dengan harga murah.
Pemilik gerai, Rohaya Md Desa, 44, berkata antara juadah yang ditawarkan di kedainya adalah nasi goreng, nasi ayam, pulut ayam, bihun sup, laksa, mi goreng, mi rebus, maggi goreng and kue tiaw goreng.
Menurutnya lagi, Ayam Goreng Changhai-nya yang dijual cuma RM1 merupakan juadah paling laku.
Minuman yang dijual juga berharga hanya RM1 manakala kopi-o dan teh-o panas ditawarkan pada harga 50sen.
Haaaa… buat yang tinggal di Kuala Lumpur mesti ada yang naik geram dan ‘gila’ mendengar harga yang ditawarkan! Hihi…
Pemilik yang merupakan ibu kepada empat anak ini akui, meskipun untungnya tidak banyak namun dia cukup berpuas hati.
“Walaupun harga petrol pernah naik satu ketika dahulu, saya tidak menaikkan harga makanan.
“Pendapatan saya sedikit berbanding yang lain tetapi perniagaan ini masih laku.
“Saya berpuas hati dengan apa yang saya perolehi dan menganggap ia sebagai berkat bahawa gerai saya sentiasa dikunjungi pelbagai lapisan masyarakat,” katanya.
Meskipun murah, ramai pelanggan yang pernah pergi ke kedai makan ini memuji kelazatan juadah disediakan.
Apa lagi, kot-kot yang tinggal atau singgah ke Changlun, Kedah bolehlah merasa juadah dengan harga rendah di gerai ini. – MYNEWSHUB.CC
Video Makanan Malaysia Paling Popular

