Wednesday, May 22, 2024

Creating liberating content

Kerjasama K’jaan Selangor, Amanah...

SABAK BERNAM - Menteri Besar Mohamed Azmin Ali berkata kerjasama kerajaan Selangor dengan...

Polis Marin Rampas Rokok...

JOHOR BAHRU - Pasukan Polis Marin (PPM) Wilayah Dua merampas 137,900 karton rokok...

Kelayakan AFC B-23: Tumpukan...

PETALING JAYA – Ketua jurulatih bola sepak kebangsaan dinasihat supaya memberi tumpuan latihan...

Aplikasi Waze Untuk Maklum...

KUALA LUMPUR – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) sedang mengadakan...

Malu Zakar Amat Panjang, Remaja Bedah Jadi Batang Pendek

MIAMI – Seorang remaja Amerika Syarikat berusia 17 tahun menjadi manusia pertama di dunia terpaksa menjalani pembedahan untuk mengecilkan batang kemaluan hanya kerana berasa malu memiliki penis atau zakar yang terlalu panjang.

Media tempatan pada Jumaat melaporkan, doktor bedah mulanya terkejut apabila mendapati batang milik pesakit yang dirahsiakan namanya itu memang panjang daripada saiz normal iaitu 17 sentimeter ketika biasa dan 25 sentimeter ketika ereksi.

Remaja itu mengeluh saiz panjang kemaluannya menyebabkan dia lebih bertambah malu semasa menjalani aktiviti riadah atau mahu melakukan hubungan seks dengan teman wanitanya, kata Dr. Rafael Carrion, pakar urologi Universiti South Florida.

BACA : Awas Zakar Lelaki Jika Isteri Tidur Posisi Atas Tubuh Suami

Bentuk zakar lelaki tersebut mirip bola American football kerana penyakit sel darah yang abnormal menghalang aliran pembuluh darah di penis sehingga membuat kemaluannya bengkak, sekali gus menjadikan batang itu kembung dan agak cacat.

“Ini waktunya bagi seorang pakar urologi menangani kes yang sangat nadir dan sukar difahami serta membuatkan doktor sendiri pun tidak mampu berkata-kata,” kata Dr. Carrion mengulas penderitaan remaja berkenaan sejak akil baligh selama ini.

Remaja itu juga mengalami ereksi tidak diinginkan dan gara-gara keadaan tersebut, dia juga susah mengenakan seluar kerana ukuran zakarnya amat panjang, di samping malu akibat kemaluannya tampak jelas terlihat ketika dia mengenakan pakaian biasa.


“Alat kelamin remaja itu mengembang seperti belon, kedengaran seperti impian para jejaka untuk memiliki ukuran kemaluan yang sangat besar, amat panjang, ukuran kelilingnya juga besar, terutama di bahagian tengah,” jelas Dr. Carrion.

Pasukan doktor itu mendakwa, pembedahan yang ada pada masa ini hanya untuk memanjangkan kemaluan pendek, namun untuk kes unik tersebut, mereka terpaksa melakukan teknik bedah normal digunakan untuk merawat penyakit Peyronie.

Ia adalah keadaan parut terjadi di sepanjang penis dan membuatnya membengkok dan pasukan pembedahan itu terpaksa memotong jaringan parut lama, membuka lapisan kulit penis, dan memotong dua segmen jaringan dari dua sisi.

Secara purata, lelaki biasa di seluruh dunia ketika mengalami ereksi akan memiliki kemaluan sepanjang 15 sentimeter manakala jika 22 sentimeter dianggap sebagai terlalu panjang tetapi kalau 10 sentimeter pula adalah terlalu pendek.

“Remaja itu mujur cuma perlu menginap dua hari di hospital dan kelihatan gembira dengan ukuran penis baharu, lebih tebal dari purata batang lelaki, namun simetrik,” katanya yang turut menulis laporan pembedahan itu dalam jurnal Sexual Medicine.

Sejak artikel itu diterbitkan, hanya seorang lelaki yang menghubungi Dr. Carrion untuk menjalani prosedur yang sama kerana masalah serupa – penis besar; sekali gus mendedahkan ada juga lelaki lain memiliki batang terlalu panjang. – Agensi

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori