• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malindo Air Tawar Penerbangan 7 Kali Seminggu Ke Kathmandu

oleh Ahmad Albab
06/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Syarikat penerbangan hibrid Malindo Air akan menawarkan penerbangan tujuh kali seminggu ke Kathmandu, Nepal, bermula hari ini, sebagai destinasi antarabangsa terbaharunya.

Malindo Air dalam satu kenyataan berkata bersempena dengan pelancaran itu, syarikat penerbangan tersebut akan menawarkan tambang bermula daripada hanya RM399 bagi kelas ekonomi dan RM649 bagi kelas perniagaan, semua termasuk peruntukan bagasi percuma dan makanan, bagi kedua-dua kelas.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Chandran Rama Muthy berkata laluan ini mengukuhkan lagi komitmen syarikat itu untuk menyediakan pilihan penerbangan mampu milik namun selesa bagi pelanggan yang mahukan perkhidmatan tokokan nilai dalam rancangan perjalanan mereka.

“Kami berbesar hati dapat membawa rakyat Malaysia ke kawasan pergunungan Annapurna dan Himalaya, satu lagi destinasi yang menyeronokkan di Asia,” katanya. – BERNAMA

Tags: Malindo Air
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Malindo Air Perkenal Laluan Penerbangan Kota Bharu-Langkawi

05/01/2022
0

KUALA LUMPUR : Malindo Air membuka tempahan untuk laluan penerbangan baharu Kota Bharu-Langkawi-Kota Bharu bermula 27 Januari ini. Malindo Air...

Malindo Air Gantung Penerbangan Ke Tianjin, Guangzhou

03/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Malindo Air menggantung dua lagi penerbangan antarabangsa antara Malaysia dan China berikutan penularan novel koronovirus 2019 di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd