• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, September 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Malaysia Kutuk Tindakan ISIS Bunuh Juruterbang Jordan

oleh AK-47
06/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MALAYSIA bersama-sama dengan kerajaan dan rakyat Jordan mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman yang dilakukan gerakan Negara Islam Iraq Syria (ISIS) yang membunuh Juruterbang Tentera Udara Jordan Muath Kasasbeh.

Muath dibakar hidup-hidup sehingga mati dalam keadaan terkurung dalam sangkar besi.

Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dalam satu kenyataan media hari ini berkata Malaysia terkejut dengan tindakan ISIS yang membakar sehingga mati juruterbang itu yang ditangkap pada 24 Disember tahun lepas.

BACA JUGA – Turutan Gambar Pilot  Jordan Dibakar Hidup-Hidup

Gambar api mula menyambar jasad Muath yang dikurung di dalam sangkar besi ketika dibakar ISIS.
Gambar api mula menyambar jasad Muath yang dikurung di dalam sangkar besi ketika dibakar ISIS.

Muath ditangkap ISIS selepas jet pejuang yang dikendalikannya ditembak jatuh di Hamra Ghannam, Syria.

Anifah berkata pembunuhan yang kejam itu adalah manifestasi amalan ganas dan tidak berperikemanusiaan ISIS terhadap kemanusiaan sejagat.

“Malaysia dan Kerajaan serta rakyat Jordan pada saat-saat hiba ini bersatu dalam mengutuk sekeras-kerasnya kekejaman dan tindakan keganasan ISIS,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Menurut Anifah, Malaysia menyampaikan ucapan simpati serta takziah kepada keluarga Muath dan Kerajaan Jordan.

“Semoga keluarga beliau diberikan kekuatan untuk menghadapi saat-saat getir yang berlaku ini,” katanya.

Dalam satu laporan Mynewshub.cc semalam, dinyatakan bahawa Muath telah dibunuh pada 3 Januari lepas selepas menawarkan wartawan Jepun Kenji Goto sebagai pertukaran untuk membebaskan pengebom berani mati yang dijatuhi hukuman bunuh, Sajida al-Rishawi.

Kenji Goto dipancung kepalanya dan ditayangkan menerusi video yang disiarkan Sabtu lalu oleh militan IS, seminggu selepas rakannya, Haruna Yukawa dibunuh.

Kejadian yang berlaku semalam… tidak berakhir begitu sahaja.

Jordan bertindak balas dengan menjalankan hukuman mati terhadap dua tahanan warga Iraq yakni wanita pengebom berani mati, Sajida al-Rishawi dan ahli kumpulan Al-Qaeda, Ziad al-Karboli.

Mereka dihukum mati pada jam 4 pagi waktu tempatan.

– MYNEWSHUB.CC

ISIS Dakwa Bertanggungjawab Bakar Muath Sehingga Mati

http://youtu.be/vGiqdRvt_Kc

Tags: ISISJuruterbang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

MAG Arah 1,260 Juruterbang Malaysia Airlines Jalani Saringan Dadah Wajib

08/08/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – Malaysia Aviation Group (MAG) mengarahkan kesemua 1,260 juruterbang Malaysia Airlines menjalani saringan dadah wajib sebagai...

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

Nahas Air India: Juruterbang ‘Keliru’ Guna Suis Enjin

12/07/2025
0

NEW DELHI – Laporan awal nahas Air India yang dikeluarkan oleh Biro Penyiasatan Kemalangan Pesawat India (AAIB) pada Sabtu mendapati...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd