• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MAIPs Agih Zakat Secara Menyeluruh – Raja Muda Perlis

oleh Ahmad Albab
26/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) mengagihkan zakat yang dibayar umat Islam kepada majlis itu secara menyeluruh.

Baginda yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah majlis itu bagaimanapun masih memerlukan sumbang saran bagi memantapkan lagi gerak kerja MAIPs demi manfaat umat Islam.

“Bagi memantapkan sosioekonomi ummah secara kolektif, saya menyarankan agar gerak kerja dilaksanakan secara berkelompok dan bersungguh-sungguh,” titah baginda pada majlis ‘Semarak Zakat MAIPs’ tahun 2015 di Auditorium Wisma TNB di sini, petang semalam.

Turut berangkat Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

Hadir sama Speaker Dewan Undangan Negeri Perlis, Hamdan Bahari serta timbalan Yang DiPertua MAIPs, Datuk Abu Bakar Ahmad turut hadir.

Baginda bertitah agar umat Islam terus beristiqamah dan menjadikan amalan berzakat sebagai ‘baja’ dan ‘air’ yang menyuburkan lagi rezeki.

“Rezeki yang diperoleh melalui punca penuh keberkatan dan dikongsi bersama masyarakat Islam akan menyuburkan lagi kasih sayang sesama umatnya,” titah baginda.

Menurut baginda pembayaran zakat oleh umat Islam kepada MAIPs semakin meningkat membolehkan majlis mengagihkan zakat berjumlah RM104.453 juta tahun lepas berbanding RM101.160 juta pada 2013.

Mengikut pecahan, sebanyak 7,695 orang menikmati zakat fitrah berjumlahlebih RM3 juta; zakat perubatan kepada 843 orang (RM533,958); membina dan membaik pulih 584 buah rumah (RM10.308 juta); bantuan serta merta pelajar institut pengajian tinggi kepada 3,162 orang (RM3.926 juta).

Sara hidup 5,761 penerima (RM3.103 juta); bencana (RM166,293); sagu hati kepada 525 pegawai 105 masjid di seluruh Perlis (RM1.444 juta) manakala lebih RM2.373 juta dibelanjakan untuk aktiviti dakwah dan kemasyarakatan, titah baginda.

Sempena majlis itu, baginda berkenan menyerahkan agihan bantuan pelajaran MAIPs kepada mahasiswa dan mahasiswi Perlis yang sedang melanjutkan pengajian di timur Tengah terutama di Mesir, Jordan dan Maghribi.

Majlis Semarak Zakat adalah program tahunan dianjurkan MAIPs untuk meraikan pembayar zakat melalui potongan gaji serta menyemarakkan semangat kakitangan awam dan swasta dalam menunaikan tanggungjawab berzakat. – BERNAMA

Tags: Raja Muda PerlisZakat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

60 Peratus Penerima Zakat Bukan Dari Selangor – Amirudin

21/11/2025
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mendedahkan 60 peratus penerima zakat di negeri itu sebenarnya terdiri...

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

Suspek Rasuah Sindiket Penyelewengan Dana Bantuan Zakat Direman

19/10/2025
0

Kuala Lumpur: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan reman seorang bekas kakitangan badan berkanun kerana disyaki terbabit rasuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd