• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wartawan Balik, Baru Mahfuz Berjaya Hubungi ‘Sirul Azhar’

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Selepas 15 kali mencuba, Ketua Penerangan PAS, Datuk Mahfuz Omar, akhirnya berjaya menghubungi seorang individu yang didakwanya Sirul Azhar Umar di hadapan pengamal media tempatan dan antarabangsa.

Mahfuz sebelum itu mendakwa beliau telah pun menghantar khidmat pesanan ringkas (sms) kepada bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) berkenaan untuk menyertai “tele-persidangan” bersama kira-kira 50 pengamal media berkenaan.

Selepas cubaan awalnya itu gagal, sebahagian besar pengamal media bertindak meninggalkan “tele-persidangan” itu.

Dalam cubaan seterusnya, Mahfuz akhirnya berjaya menghubungi individu yang didakwanya Sirul Azhar tanpa mendedahkan nombor telefon berkenaan kepada media.

Dalam perbualan selama tiga minit menerusi “pembesar suara telefon” itu, individu terbabit berkata dia tidak berhasrat mengeluarkan sebarang kenyataan pada masa ini.

Ditanya wartawan berhubung kesahihan individu yang cuba dihubungi itu, Mahfuz berkata: “Saya tidak tahu macam mana nak beritahu tetapi saya yakin itu Sirul Azhar.”

Beliau turut mengakui tidak pernah mengadakan video conference (tele-persidangan video) dengan Sirul Azhar sebelum ini.

Mahfuz berkata beliau akan ke Australia pada minggu hadapan bersama ibu dan adik Sirul Azhar serta seorang peguam.

BACA : Sirul Masuk Penjara Paling Teruk Rekod Hak Asasi Di Australia

Sirul Azhar dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan oleh Mahkamah Tinggi pada 2009.

Pada 23 Ogos 2013, Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Azilah dan Sirul Azhar dengan membebaskan mereka daripada tuduhan berkenaan.

Pada 13 Jan lepas, Mahkamah Persekutuan mengetepikan keputusan membebaskan Sirul Azhar dan Azilah dan menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap mereka.

Bagaimanapun, Sirul Azhar tidak hadir ke mahkamah bagi mendengar keputusan kes itu kerana berada di Australia.

Susulan itu Mahkamah Persekutuan mengeluarkan waran tangkap terhadapnya.

Pada 16 Jan lepas, media tempatan memetik laporan akhbar Sydney Morning Herald berkenaan kerajaan Australia yang tidak akan memenuhi permohonan Malaysia untuk mendapatkan perintah ekstradisi Sirul Azhar.

Ini berikutan ia melibatkan hukuman mati dan Australia merupakan antara negara yang tidak memperuntukkan hukuman itu dalam undang-undangnya. – BERNAMA

Tags: Mahfuz Omar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

Sanusi Mohon Maaf Kepada Mahfuz

19/05/2023
0

SHAH ALAM - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor membuat permohonan maaf kepada Naib Presiden Parti Amanah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd