Thursday, July 18, 2024

Creating liberating content

Ronaldo Raih Pemain Terbaik...

PARIS - Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo terus melakar sejarah baharu dalam kariernya apabila...

JKNT Jejak Penerima Sijil...

KUALA TERENGGANU - Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) sedang mengenal pasti individu yang...

Silat Muncul Julung Kali...

MUNCUL.... Acara pencak silat akan ditampilkan buat pertama kalinya dalam Sukan Asia edisi...

Chong Wei Ketuai Cabaran...

GEORGETOWN - Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akan mengepalai cabaran pemain...

Sayu.. Luahan Pengguna Dakwa Ditindas Astro

SEORANG pengguna Astro meluahkan rasa kecewanya terhadap syarikat penyiaran swasta berkenaan di laman sosial Facebook, baru-baru ini.

Menurut pelanggan wanita berkenaan, dia telah menamatkan langganan kontrak Astro lalu diarah memulangkan semula set dekoder bersama kad dan remote dalam masa 30 hari.

Sedangkan sebelum ini, Astro dikatakan hanya meminta kad dekoder sahaja dikembalikan.

Melihat syarat itu sebagai tindakan yang membebankan dirinya, wanita itu meluahkan rasa kecewanya kepada Astro, sebagaimana prinstscreen di bawah.

astro cho sadd wm

“Wah! Banyak untung ya. Dahlah terikat dengan kontrak masa mula-mula ambil (langgan). Buat promosi bukan main. Suruh tukar dekoder la, pakej ini dan itulah. Letih betul. Takkan tak boleh lantik agen untuk collect benda-benda tu? Pelik sungguh.

“Kata dah maju, kaya raya dah Astro ni. Orang-orang jual kecil-kecilan pun ada pakej delivery dan pick up,” katanya.


Difahamkan wanita berkenaan dalam proses memohon TM Unifi bagi menggantikan langgan Astro yang didakwanya mencekik darah pengguna.

“Dahlah bukan setiap daerah ada tempat yang boleh terima set yang nak dipulangkan ni. Adoii.. tambang teksi saya siapa mau bayar? Kalau tak hantar, Astro nak penalti pula saya RM500,” keluhnya lagi.

Berasakan dirinya ditindas, rakan-rakan pelanggan terbabit dikatakan telah menasihatkan supaya dia melaporkan perkara berkenaan kepada Tribunal Pengguna.

Bunyi dah macam servis sewa peralatan pula kami rasa, kalau begitu pihak Astro tak nak kutip ‘piring terbang’ dia sekali ke?

– MYNEWSHUB.CC

Oleh: hzqahmd

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori