• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Warga Asing Parah Ditikam Di Butterworth

oleh Ahmad Albab
20/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUTTERWORTH – Seorang lelaki dipercayai warga asing cedera parah selepas ditikam dan ditetak oleh beberapa suspek dalam kejadian di hadapan sebuah bank di Chain Ferry di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU), ACP Abdul Rahman Ibrahim, berkata mangsa yang dipercayai berusia awal 20-an, ditemui orang awam yang melalui kawasan berkenaan pada 1 pagi sebelum menghubungi ambulans.

“Pihak Hospital Seberang Jaya (HSJ) menghubungi polis untuk memaklumkan seorang lelaki yang mengalami kecederaan parah akibat ditetak dan ditikam.

“Ketika polis sampai di hospital, mangsa telah dibawa ke bilik pembedahan untuk rawatan lanjut kerana keadaannya yang kritikal serta tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Beliau berkata, berdasarkan maklumat daripada doktor yang merawat mangsa, lelaki itu cedera akibat ditikam di bahagian perut sehingga ususnya terkeluar.

Katanya, pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan tetak di bahagian belakang badan dan rusuk kiri serta pendarahan dalaman akibat dipukul.

“Mangsa dipercayai diserang lebih daripada seorang lelaki dan polis sedang mendapatkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan mangsa ditemui bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Polis tidak menemui sebarang dokumen perjalanan diri pada mangsa dan setakat ini kami belum dapat menemui lelaki itu kerana dia masih belum sedar,” katanya.

Sehubungan itu, polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung insiden itu supaya menghubungi balai polis berdekatan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan. – BERNAMA

Tags: tikamwarga asing
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

Tikam Isteri 13 Kali Sebelum Bunuh Diri

12/02/2026
0

PETALING JAYA: Seorang lelaki disyaki menikam isterinya sebanyak 13 kali hingga maut sebelum ditemui meninggal dunia di SPK Damansara, di...

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

2 Tahun Bersekedudukan Dengan Tukang Rumah Warga Asing Hingga Lahir Anak

14/10/2025
0

Muar: Wanita dicekup pegawai dan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) selepas disyaki bersekedudukan dengan lelaki warga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd