• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Gila Talak Langgar, Cuba Culik Bekas Isteri

oleh AK-47
01/03/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PERSIS lakonan dalam drama…

Seorang wanita menerima igauan ngeri apabila dipercayai diculik dan dilanggar bekas suaminya sendiri di Jalan Bukit Pinang, Alor Setar, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu mengakibatkan mangsa, Rorniza Fadzil cedera di bahagian kepala, badan dan kaki.

Menceritakan detik kejadian, Rorniza dilaporkan sedang menunggang motosikal sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta dikatakan dipandu bekas suaminya.

Rorniza kemudiannya ditarik masuk ke dalam kereta cuba melepaskan diri daripada suspek sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.

Mangsa yang dilaporkan masih kritikal dan koma menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sementara itu, bekas suami mangsa yang dipercayai suspek kes culik dan langgar wanita berkenaan berjaya ditahan awal pagi tadi di sebuah rumah di Baling.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, suspek berusia 53 tahun ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan sering diganggu dan diugut suspek sejak mereka bercerai kira-kira tujuh bulan lalu.

– MYNEWSHUB.CC

Video – Suami Belasah Isteri

https://www.youtube.com/watch?v=UXpZn2wQLXc

Tags: GILAkejam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

KEMBALI BERAKSI…..Sheila Sharon Steven Kumar

KEMBALI BERAKSI…..Sheila Sharon Steven Kumar

31/12/2025
0

Hakikat minah ni masih belum pernah kena belasah separuh ma *ti di tempat umum membuktikan rakyat Malaysia sebenarnya memiliki tahap...

Suntikan Polio Untuk 4 Juta Kanak-kanak

Lelaki Kejam Pukul, Bakar Anjing Hidup-hidup

30/03/2023
0

JOHOR BAHRU: Seekor anjing liar bukan sahaja dipukul, malah dibakar hidup-hidup oleh seorang lelaki tidak berhati perut dalam kejadian dipercayai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd