• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Wanita Indonesia Bakar Lelaki Bangladesh Bersama Motor

oleh Ahmad Albab
05/02/2015
dalam Jenayah
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUKIT MERTAJAM – Seorang lelaki Bangladesh melecur di beberapa bahagian badan akibat dibakar oleh seorang wanita di tapak pembinaan berhampiran Pasar Awam Kampung Baru di sini, hari ini.

Lelaki berusia dalam lingkungan 30-an yang merupakan pekerja kontrak itu dilapor stabil dan kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Sehubungan itu, polis menahan seorang wanita Indonesia berusia dalam lingkungan 20-an bagi membantu siasatan, kata Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Rusli Mohd Noor ketika dihubungi di sini.

Beliau berkata dalam kejadian 7.50 pagi itu, lelaki berkenaan dan rakan senegaranya menunggang sebuah motosikal untuk ke tempat kerja di tapak pembinaan itu.

“Ketika sampai di kawasan tapak pembinaan, motosikal yang ditunggang mangsa ditahan seorang wanita.

“Sebaik berhenti, wanita itu terus menyimbah sejenis cecair dipercayai petrol ke arah dua lelaki berkenaan, menyalakan api pada sehelai kain serta melemparnya ke arah mereka,” katanya.

Beliau berkata rakan mangsa berjaya menyelamatkan diri manakala mangsa tidak sempat lari menyebabkan dia dan motosikalnya disambar api.

Rusli berkata orang ramai yang berada di situ bertindak memadamkan kebakaran dan menghantar lelaki itu ke Hospital Bukit Mertajam manakala wanita terbabit ditahan oleh orang ramai dan diserah kepada polis.

Beliau berkata siasatan lanjut masih dijalankan termasuk mengenal pasti punca sebenar kejadian.

Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu agar menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. – BERNAMA

Tags: kemalangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

Pemandu Van Didakwa Selepas Murid Tahun Dua Maut Dirempuh, Mengaku Tidak Bersalah

08/05/2026
0

BATU PAHAT – Seorang pemandu van didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu secara melulu sehingga...

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

Penunggang Motosikal Cedera Parah, Bahu Tertusuk Besi

07/05/2026
0

Oleh Mynewshub MENTAKAB – Seorang penunggang motosikal dipercayai pelajar sekolah mengalami kecederaan serius selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya sehingga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd