• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih Banyak Kampung Terpencil Akan Dibekalkan Tenaga Solar

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Akademi Sains Malaysia (ASM) sedang bekerjasama dengan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah serta Kementerian Kerajaan Tempatan bagi mengenal pasti lebih banyak kawasan terpencil di negara ini yang perlu dibekalkan tenaga solar.

Ketua pegawai operasi ASM Hazami Habib berkata MOSTI dan ASM memerlukan bantuan dua kementerian itu untuk memudahkan urusan mengenal pasti kampung yang memerlukan kemudahan tersebut.

Katanya Malaysia memiliki kelebihan untuk memanfaatkan tenaga boleh diperbaharui seperti solar, angin, ombak dan biomas untuk mengelaknya terlalu bergantung pada bahan bakar fosil.

Hazami berkata penggunaan tenaga solar boleh membantu meningkatkan kemajuan ekonomi masyarakat, terutama golongan miskin di luar bandar.

“Ideanya ialah apabila mereka mempunyai akses kepada tenaga, mereka boleh melibatkan diri dalam perniagaan kecil, contohnya industri desa untuk meningkatkan taraf kehidupan,” katanya kepada Bernama.

Hazami berkata projek itu akan dibiayai MOSTI, termasuk dari segi penyediaan teknologi, set jana kuasa dan antena solar, di samping mendidik penduduk cara menyenggara set berkenaan.

Bagaimanapun, kata beliau sekiranya berlaku kerosakan serius terhadap set berkenaan, MOSTI akan menghantar jurutera untuk membaikinya. – BERNAMA

Tags: Kampung
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

Banjir Kilat Landa Beberapa Kampung Di P. Pinang

01/07/2023
0

GEORGE TOWN – Beberapa kawasan di bahagian pulau negeri ini dilanda banjir kilat ekoran hujan tanpa henti sejak malam tadi....

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

Tentera Myanmar Bom Perkampungan Karen

04/07/2022
0

BANGKOK – Dua penduduk terbunuh, tiga cedera, manakala 92 lagi melarikan diri ke Thailand apabila pesawat pejuang tentera Myanmar mengebom...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd