• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lanun Somalia Bebaskan 4 Nelayan Thailand

oleh Ahmad Albab
27/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

NAIROBI – Empat nelayan Thailand yang dijadikan tebusan oleh lanun Somalia selama kira-kira lima tahun sudah dibebaskan, kata pegawai tempatan, hari ini.

“Kami bawa empat lelaki dari Thailand dari kawasan terpencil,” kata pegawai pentadbiran wilayah Galmudug, Omar Sheikh Ali.

Empat nelayan itu adalah antara 24 kru kapal ditahan pada April 2010 apabila lanun merampas kapal nelayan yang mengibar bendera Taiwan, FV Prantalay 12.

Mereka dikurung selama kira-kira lima tahun, dianggap paling lama dialami mana-mana mangsa lanun Somalia.

Ali berkata, lelaki berkenaan amat lega apabila dapat menghubungi ahli keluarga sejurus selepas dibebaskan.

“Mereka menelefon keluarga mereka dan menangis, menangis dan menangis,” katanya.

Penduduk di Galkayo, pusat pentadbiran Galmudug berkata, wang tebusan sebanyak AS$150,000 dibayar tetapi maklumat itu tidak dapat disahihkan.

“Lanun itu bosan kerana perlu memberi makan dan menjaga tebusan itu, mereka meminjam sejumlah wang yang banyak,” kata ahli perniagaan, Mohamed Abdi yang rapat dengan perunding.

Selepas dirampas, kapal FV Prantalay digunakan sebagai kapal induk untuk melancarkan serangan di laut sebelum ia karam pada Julai 2011 dan kesemua kru dibawa ke tepi pantai.

Daripada 24 kru kapal nelayan itu, enam mati akibat tidak sihat ketika dikurung. – AFP

Tags: LanunNelayan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

‘Biarpun Ada Tak Suka, Yang Penting Terus Bekerja Untuk Rakyat’

25/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir menegaskan adalah menjadi kewajipan kerajaan membantu golongan nelayan...

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

Maritim Selamatkan Tiga Nelayan Indonesia, Bot Dinaiki Hanyut

05/07/2024
0

KUANTAN - Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang berjaya menyelamatkan tiga nelayan warga Indonesia selepas bot dinaiki mereka mengalami...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd