• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kualiti Universiti Malaysia Setanding Universiti Luar

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINTOK – Kualiti yang dimiliki universiti tempatan di negara ini bukan sahaja setanding dengan universiti luar negara, malah lebih utama ia sepadan dengan nilai wang, kata Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) .

Katanya, kos pembelajaran di universiti tempatan yang mampu ditanggung pelajar termasuk kos sara hidup, yuran pengajian dan kos penginapan, menjadikannya antara faktor utama menarik pelajar asing ke negara ini.

“Misalnya di Harvard, nak buat MBA (Sarjana Pentadbiran Perniagaan) mencecah RM50,000 setahun, sedangkan di negara kita tak macam itu. Ijazah dan ahli akademik kita diterima di seluruh dunia, tiada masalah melanjutkan pelajaran,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Mohamed berkata, kemudahan dan tenaga pengajar yang mempunyai kepakaran dan diiktiraf, menjadikan isu ranking universiti bukan satu-satunya alat untuk mengukur kualiti dan keupayaan sesuatu universiti itu.

Beliau diminta mengulas kenyataan Menteri Pendidikan Kedua Datuk Seri Idris Jusoh yang meminta pembangkang supaya berhenti daripada mempolitikkan isu ranking universiti institut pengajian tinggi (IPT) tempatan setanding dengan negara luar.

Menurut Idris, Malaysia kini menduduki ranking kesembilan daripada 30,000 universiti di seluruh dunia dan menjadi tarikan pelajar asing untuk meneruskan pengajian berbanding Singapura, Korea Selatan dan Belanda.

Mengulas lanjut, Mohamed berkata, universiti tempatan perlu diberi masa untuk berkembang memandangkan usia kebanyakan universiti masih muda jika dibandingkan dengan universiti terkemuka luar negara.

“Jangan lihat dari satu sudut, nak banding dengan Cambridge sudah 800 tahun, Oxford 1,000 tahun, Harvard sudah 300 tahun,” katanya sambil menambah terdapat pihak tertentu yang sering memandang rendah terhadap keupayaan universiti dan tenaga pakar tempatan.

Mohamed bercakap kepada Bernama selepas menghadiri majlis menandatangani Memorandum Persefahaman dengan Universiti Malaysia Sarawak (Unimas) di UUM di sini.

Sementara itu, Naib Canselor Unimas Prof Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi berkata penubuhan sesuatu universiti itu bukan sekadar melahirkan golongan cerdik pandai, malahan turut berfungsi membangunkan sesuatu kawasan.

“Contohnya Unimas membangunkan kawasan Kota Samarahan di Kuching. Dengan adanya Unimas itu kita telah membangunkan kawasan tersebut melalui pelbagai penyelidikan,” katanya.

Ini katanya, menjadikan sesuatu universiti itu sebagai satu ‘pusat pembangunan’ bagi membolehkan masyarakat sekeliling mendapat faedah daripada penubuhan universiti berkenaan.

Bagaimanapun beliau tidak menafikan isu ranking universiti memang menjadi tumpuan setiap universiti, namun universiti perlu diberi masa dan sokongan pelbagai pihak dalam merealisasikan hasrat tersebut. – BERNAMA

Tags: Universiti
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

Perlembagaan Persekutuan, sejarah Malaysia Diajar Di Semua Universiti Mulai Tahun Ini

20/01/2026
0

PUTRAJAYA: Pembelajaran Perlembagaan Persekutuan dan sejarah Malaysia akan diperkenal menerusi mata pelajaran umum di semua universiti termasuk swasta kepada seluruh...

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

‘Kes HIV Penuntut Universiti, Sekolah Makin Tinggi Angkara Aktiviti Seksual’ – Dr Zaiton

26/04/2025
1

KUALA LUMPUR: Kes jangkitan HIV dalam kalangan penuntut universiti dan sekolah menunjukkan peningkatan dengan kebanyakan mereka menerima jangkitan akibat aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd