• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kos Operasi Tinggi, Tambang Bas Tidak Akan Turun

oleh Ahmad Albab
02/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Pengendali bas tidak akan mengurangkan harga tambang di sebalik penurunan harga diesel.

Presiden Persatuan Pengusaha Bas Pan-Malaysia, Datuk Mohamad Ashfar Ali berkata, harga diesel hanya sebahagian kecil daripada kos operasi.

“Bahan api adalah komponen kecil dalam kos operasi kerana terdapat juga faktor lain seperti gaji pekerja,” katanya.

Pada September 2013, apabila harga pam diesel telah dinaikkan sebanyak 20 sen kepada RM2, terdapat laporan yang memetik Persatuan Pengusaha Lori Selangor dan Kuala Lumpur sebagai berkata, kos diesel terdiri daripada 30 hingga 40 peratus daripada keseluruhan kos operasi.

Beliau berkata, harga tiket bas ekspres kali terakhir dinaikkan pada 2008, tetapi kos operasi meningkat antara 30 dan 40 peratus sejak itu.

Ashfar berkata, pengguna perlu memahami bahawa pengusaha bas terpaksa memikul kos operasi lain, sambil memberikan gaji minimum semasa sebanyak RM900, sebagai contoh.

“Bas beroperasi setiap hari, walaupun pada hari cuti umum, jadi kita perlu membayar pekerja dua kali atau tiga kali ganda daripada gaji harian mereka pada hari tersebut dan ia termasuk dalam kos operasi kami,” katanya.

Beliau berkata, persatuan itu berharap kerajaan akan mengawal selia semula tambang bas ekspres.

“Seperti mana kadar tiket penerbangan dan hotel, harga tiket bas hendaklah berasaskan penawaran dan permintaan,” katanya, sambil menambah dengan langkah tersebut, tiket bas yang lebih murah mungkin boleh dijual dalam tempoh tertentu.

Di Johor Baru, Presiden Persatuan Pengusaha Lori Johor, Anthony Tan berkata, penurunan harga diesel tidak semestinya bermakna caj pengangkutan juga akan turun.

Beliau berkata, masih terlalu awal untuk mengetahui sama ada pengusaha akan mengurangkan caj mereka, sambil menambah terdapat faktor-faktor lain yang menyebabkan mereka terus mengenakan kadar lama.

“Ini termasuk harga tinggi alat ganti yang perlu diimport, penurunan nilai ringgit dan kos buruh yang tinggi,” katanya.

Tan berkata, kuasa pasaran akan menentukan sama ada caj akan turun atau naik kerana persatuan itu tidak dibenarkan untuk memberitahu ahli-ahli tentang kadar di bawah Akta Anti Persaingan.

Beliau berkata, terpulang kepada pengusaha individu untuk berurusan dengan pelanggan mereka sama ada untuk mengurangkan atau mengekalkan caj berasaskan kesanggupan penerimaan dan perjanjian antara kedua-dua pihak.

“Bagi kami, apa yang lebih penting ialah harga diesel terus stabil,” katanya. – mStar Online

Tags: bas ekspres
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

28 Selamat, Bas Ekspres Rempuh Belakang Treler Di Maran

10/06/2025
0

Maran: Sebuah bas ekspres membawa 28 penumpang terbabit dalam kemalangan apabila melanggar belakang treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur...

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

Tiga Maut Bas Ekspres Bertembung Kereta

30/05/2025
0

KUALA KRAI: Tiga maut dalam kemalangan membabitkan sebuah bas ekspres dan Perodua Myvi di Jalan Kuala Krai-Gua Musang di Kampung...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd