• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 22, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

K’jaan Pastikan Pembangunan Holistik Di Wilayah Persekutuan

oleh Ahmad Albab
01/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Kerajaan akan memastikan program pembangunan Wilayah Persekutuan dilaksanakan secara menyeluruh untuk kesejahteraan warganya, kata Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Beliau berkata selain pembangunan fizikal dan projek menaik taraf infrastruktur untuk keselesaan rakyat, kementerian itu juga memfokus kepada pembangunan rohani warga kota.

Katanya pelbagai usaha dilaksanakan seperti penubuhan Operasi Bersepadu Banteras Aktiviti Haram bagi menangani masalah seperti aktiviti haram, kebersihan, lalu lintas, perumahan awam dan program keceriaan.

“Pasukan Petugas ini menggembleng tenaga kerja daripada pelbagai agensi kerajaan, wakil masyarakat dan NGO.

“Selain itu pendekatan melalui pendidikan, kesedaran moral dan penghayatan berteraskan agama khususnya untuk generasi muda dilaksana termasuklah penguatkuasaan dipertingkat di semua peringkat,” katanya.

Beliau berucap pada majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat Wilayah Persekutuan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah bersempena Hari Wilayah Persekutuan 2015 di Istana Negara di sini, hari ini.

Tengku Adnan berkata Kementerian Wilayah Persekutuan juga akan memastikan semua projek pembangunan khususnya yang berkepentingan rakyat akan berjalan lancar.

Ini termasuk NKEA Greater Kuala Lumpur/Klang Valley membabitkan River of Life, Pedestrian Walkway, Heritage Trails, Greener Kuala Lumpur, MyRapid Transit, Sewerage Non-River, Greener KL, dan Solid Waste Management.

“Ia adalah satu daripada pemacu pertumbuhan ekonomi dalam mendukung kemajuan negara akan datang,” katanya.

Beliau berkata berikutan suasana ekonomi dunia yang tidak menentu, kementerian itu juga akan mengambil langkah berjimat, termasuk berbelanja secara berhemah, selain semua acara dan program akan diadakan secara sederhana. – BERNAMA

Tags: Hari WilayahTengku Adnan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Rasuah Tengku Adnan: PH Kecewa Keputusan Peguam Negara

22/11/2021
0

KUALA LUMPUR : Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) menyatakan rasa terkejut dan kecewa susulan keputusan Peguam Negara yang membatalkan rayuan...

Ku Nan Cuti Sakit, Prosiding Bela Diri Tangguh

20/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Prosiding membela diri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor terhadap pertuduhan menerima suapan RM2 juta daripada seorang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd