• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ketepi Soal Ganjaran Dalam Sepak Takraw – Shapawi

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis Sukan Negara (MSN) mahu pemain sepak takraw mengetepikan sikap mementingkan ganjaran bagi memastikan sukan itu dapat berkembang dengan lebih baik.

Ketua Pengarah MSN, Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata mereka perlu menjadikan sepak takraw sebahagian daripada ‘sistem’ kehidupan kerana minat dan perasaan cintakan sukan berkenaan akan membolehkannya terus maju.

“Saya juga pernah bermain sepak takraw, saya membabitkan diri dalam sukan ini tanpa pengaruh lain. Apa yang saya maksudkan ialah bagaimana dulu kita bermain kerana minat dengan sukan ini tanpa (mempertimbangkan) ganjaran dan sebagainya.

“Jadi saya minta semua pemain dapat memikirkan bagaimana sepak takraw boleh menjadi satu sukan yang boleh (mereka) cintai,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Bengkel Pembangunan Sepak Takraw Negara anjuran Persatuan Sepak Takraw Malaysia (PSM) dengan kerjasama MSN di sini hari ini.

Bengkel dua hari itu berakhir esok.

Mengenai bengkel itu, Ahmad Shapawi berkata pihaknya akan menyediakan pelan tindakan ke arah membangunkan sukan itu membabitkan empat aspek utama iaitu atlet, kejurulatihan, pertandingan dan kemudahan latihan. – BERNAMA

Tags: Sepak Takraw
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Libasan STL Kembali Lagi

07/01/2022
0

PETALING JAYA : Kehadiran pemain import, kejohanan yang bakal ‘dibawa’ ke lima buah negara dan hadiah kemena­ngan yang ditingkatkan menjadikan...

Tonggak Sukma Ganti Import Johor Tigris

02/01/2022
0

PETALING JAYA : Johor Tigris tidak panik dengan penarikan diri pemain import dari Thailand, Swatbanchan Seekhwa seminggu menjelang Emas Anuar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd