Monday, April 29, 2024

Creating liberating content

Bos PNB Dedah Bahaya...

MUNGKIN ramai maklum dengan manifesto Pakatan Harapan (PH) mahu hapus cukai barang dan...

GEB Disasar Tingkat Jualan...

IPOH - Program Galakan Eksport Bumiputera (GEB) disasarkan dapat meningkatkan jualan eskport Perusahaan...

‘Masjid Hopping’, Budaya Sempoi...

BULAN Ramadan adalah bulan umat Islam mengembara ke serata alam mencari ilmu. Kalau...

Penerbangan Batal Kerana Mogok...

BUENOS AIRES - Syarikat penerbangan nasional Argentina, Aerolineas Argentinas, membatalkan 50 penerbangan domestik...

Lelaki Ditikam Bekas Kekasih Teman Wanita Atas Jalan

GARA-gara cinta, manusia jadi gila..

Itu nasib menimpa seorang lelaki yang cedera parah ditikam bekas kekasih teman wanitanya di Jalan Haji Hussein, Kuala Lumpur pada petang semalam.

Ketika kejadian pukul 3 petang itu, mangsa, 39 tahun yang menunggang motosikal bersama teman wanita terjatuh ekoran dirempuh suspek yang memandu kereta.

Suspek kemudian, menikam dada kiri mangsa sebelum melarikan diri.

Menurut laporan Harian Metro, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur Senior Asisten Komisioner Zainuddin Ahmad berkata, suspek berusia 47 tahun dipercayai sengaja melanggar motosikal itu selepas melihat bekas teman wanitanya membonceng bersama mangsa.

“Suspek kemudiannya meluru keluar dari kereta sebelum menikam dada kiri mangsa dipercayai menggunakan pisau atau gunting sebelum melarikan diri selepas mendapati mangsa rebah berlumuran darah,” katanya.


Beliau berkata, mangsa yang cedera diberi bantuan oleh orang awam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Menerusi siasatan, pihak polis percaya suspek sudah merancang untuk melakukan serangan hendap ke atas mangsa.

Pada masa sama, Zainuddin memberitahu pihak polis sudah mengenalpasti identiti suspek dan usaha menjejakinya sedang dilakukan. – MYNEWSHUB.CC

Video Ngeri – Pisau Terpacak Di Muka 
https://www.youtube.com/watch?v=5_qh6IG1cb8

TINGGLKAN KOMEN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kategori