• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Liwat II: Penantian Saiful Bukhari Berakhir Hari Ini

oleh AK-47
10/02/2015
dalam Hangat
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA -  Penantian selama tujuh tahun oleh pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan berhubung dakwaan diliwat bekas ketuanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan berakhir pada Selasa.

Berbanding Saiful, keputusan Mahkamah Persekutuan itu dilihat lebih memberi kesan kepada Anwar selaku figura politik pembangkang khususnya mengenai masa depan gabungan pakatan pembangkang.

Bagi Ketua Pembangkang itu sendiri, tarikh 10 Februari sekali lagi bakal menjadi tarikh keramat baginya iaitu sama ada beliau akan meringkuk di dalam penjara atau kekal bertakhta di ‘istana Segambut’ miliknya.

MENARIK – Anwar Ibrahim Yakin Akan Terselamat

Andai kata Anwar terpaksa meringkuk di penjara, keputusan itu tentunya secara langsung akan mengubah iklim politik di Malaysia lebih-lebih lagi mengenai hala tuju PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) sendiri.

 Namun bagi Anwar, berdasarkan lenggok bahasa badan, ekspresi muka serta ‘mood’ yang ditunjukkan ketika berhadapan puluhan wakil media pada Ahad, beliau kelihatan tenang.

Tanpa berkerut dahi, Anwar sempat bergurau dengan pihak media yang terpaksa menunggu lama kehadiran pimpinan pakatan pembangkang untuk menyertai sidang media di lobi Pejabat Agung PAS.

“PAS kena tambah lif, satu tak cukup…lambat sangat. Nanti kita nak datang mesyuarat di sini lagi.

“Mesyuarat akan datang saya harap PAS dah ada lif baharu,” seloroh Anwar.

Persoalannya, masihkah ada ruang untuk Anwar menghadiri meysuarat Pakatan Rakyat yang seterusnya selepas 10 Februari ini?

Sebelum ini Anwar pernah menyuarakan keyakinan bahawa beliau akan dibebaskan berdasarkan kepada perincian fakta dan undang-undang kukuh yang telah dibentangkan di Mahkamah Persekutuan.

Sejak dibebaskan pada 2004 iaitu selepas menjalani hukuman penjara hampir enam tahun kerana didapati bersalah terhadap empat pertuduhan rasuah, Anwar berperanan sebagai ejen penyatu di antara parti pembangkang.

Justeru tidak mustahil pakatan yang dibentuk tanpa ikatan yang sah itu bakal berhadapan krisis besar khususnya membabitkan calon pengganti Anwar untuk mengetuai Pakatan Rakyat.

Hingga ke saat ini, pakatan pembangkang masih belum menamakan calon pengganti Anwar sekiranya nasib tidak berpihak kepada Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali sebelum ini pernah dilaporkan berkata bahawa pakatan pembangkang akan terus kekal sebagai entiti politik pembangkang yang kuat walaupun tanpa Anwar.

Menurutnya, jalinan ‘tahaluf siyasi’ atau kerjasama politik dalam Pakatan Rakyat bukan dibentuk atas dasar individu khususnya Anwar.

Sementara itu bagi Saiful, tempoh tujuh tahun yang dilaluinya selepas aduan yang mendakwa beliau diliwat pada 2008 iaitu ketika berusia 23 tahun merupakan penantian yang panjang.

Namun jelasnya sebagai pengadu, beliau akan menerima keputusan Mahkamah Persekutuan dengan hati terbuka walaupun tumpuan lebih diberikan mengenai nasib Anwar dari sudut politik.

“Terus terang saya ingin luahkan, muktahir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa, Anwar Ibrahim orang yang dituduh.

“Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai yang berbicara dan lebih ‘prihatin’ tentang kesan kes ini terhadap senario politik berbanding kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa,” kata Saiful di blognya.

Namun menurut Saiful, beliau yakin Mahkamah Persekutuan akan membuat keputusan dengan seadil-adilnya tanpa mengambil kira faktor luaran sama ada latar belakang pengadu atau pihak tertuduh.

“Sebagai pengadu dan rakyat kecil, saya berkeyakinan penuh bahawa Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes ini dengan bebas, seadil-adilnya mengikut undang-undang, bukti-bukti dan semua keterangan sepanjang perbicaraan.

“Bagaimanapun sudah menjadi kebiasaan bagi saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan ‘worst case scenario’.

“Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekalipun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa Allah tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran. Pasti ada hikmahnya. Jika tidak didunia, di Masyar pasti,” katanya.

Anwar, 67, membuat rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang mendapati dia bersalah atas tuduhan meliwat dan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun.

Mahkamah Rayuan pada 7 Mac tahun lepas, membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan itu.

Jika Anwar kalah dalam rayuannya, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu boleh hilang kelayakan sebagai seorang ahli parlimen sebagaimana Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan seseorang anggota parlimen boleh dilucutkan kelayakannya jika beliau dijatuhkan hukuman penjara lebih daripada setahun atau didenda lebih daripada RM2,000.

Anwar diwakili oleh sepasukan 15 peguam diketuai bekas hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram manakala peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengetuai pasukan pendakwaan.

Keputusan rayuan Anwar akan diumumkan oleh panel lima hakim diketuai Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria.

Turut sama bersidang Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif dan hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong, Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Datuk Ramly Ali, yang mendengar rayuan Anwar pada November tahun lepas dan menangguhkan keputusan itu. – mStar Online

Tags: kes liwat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

Tiga Lelaki Dikenakan Perintah Kehadiran Wajib Bersalah Liwat, Cubaan Liwat

22/10/2025
0

MELAKA: Pekerja kilang dan dua pelajar institusi pengajian tinggi didenda RM12,500 serta penjara 54 bulan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Melaka,...

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

Budak 13 Tahun Tak Mengaku Liwat Sepupu Lelaki 6 Tahun

07/12/2023
0

CHUKAI: Seorang remaja berusia 13 tahun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan atas pertuduhan meliwat sepupunya ketika dihadapkan ke Mahkamah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd