• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, July 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes Demam Denggi Di Selangor Meningkat 66 Peratus

oleh Ahmad Albab
25/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – Kes demam denggi di Selangor terus menunjukkan peningkatan dengan 12,427 kes direkod sehingga 21 Feb, naik 66 peratus daripada 7,507 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga Dr Daroyah Alwi berkata daripada jumlah kes itu sebanyak 29 kematian akibat demam denggi dilaporkan dalam tempoh berkenaan.

“Pada bulan Jan, jumlah kematian akibat demam denggi adalah sebanyak 17 kes manakala untuk bulan ini sehingga 21 Feb pula mencatatkan 12 kes yang mana menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini adalah sebanyak 29 kes,” katanya dalam sidang akhbar di sini, hari ini.

Beliau berkata daerah Petaling masih mencatatkan kes demam denggi tertinggi iaitu 5,967 diikuti Hulu Langat dengan 2,222 kes dan Klang sebanyak 1,824 kes.

Mengulas lanjut, Daroyah berkata tapak pembinaan dikenal pasti menjadi faktor utama menyumbang kepada pembiakan nyamuk Aedes terutamanya di daerah yang mencatatkan kes demam denggi yang tinggi.

“Berikutan itu, Kementerian Kesihatan telah melaksanakan operasi bersepadu di tapak-tapak pembinaan sekitar Selangor bermula 10 Feb lalu, bagi membendung peningkatan kes denggi selain mengurangkan risiko jangkitan.

Daripada 46 lokasi yang telah diperiksa, 45 daripadanya didapati positif dengan pembiakan nyamuk Aedes,” katanya.

Beliau berkata berikutan itu pemaju tapak pembinaan terbabit akan dikenakan tindakan mahkamah kerana kesalahan membenarkan pembiakan serangga pembawa penyakit di lokasi berkenaan. – BERNAMA

Tags: demam denggi
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Puad Tempelak Anwar Bacul Kerana Mohon Ampun Agong!

Next Post

VIDEO: Pasangan Korea ‘Ditelan’ Laluan Pejalan Kaki

Related Posts

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

Demam Denggi: 2,051 Kes, 2 Kematian Di Kelantan

18/09/2024
0

Kota Bharu : Kelantan merekodkan 2,051 kes denggi dengan dua kematian dilaporkan sepanjang tahun ini sehingga 7 September lalu. IKUTI...

Bayi Doktor Maut Tertinggal 10 Jam Dalam Kereta Di Parkir Hospital

89,474 Kes Demam Denggi, 65 Kematian Direkod Hingga September

06/10/2023
0

PUTRAJAYA – Sebanyak 89,474 kes demam denggi direkodkan sejak Januari hingga 30 September lalu dengan peningkatan 105.5 peratus berbanding 43,544...

Next Post

VIDEO: Pasangan Korea 'Ditelan' Laluan Pejalan Kaki

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd