• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, April 25, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Pandang Serius Ugutan Bunuh KPN – Muhyiddin

oleh Ahmad Albab
28/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kerajaan memandang serius tindakan sekumpulan anak muda yang mengugut untuk membunuh Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar melalui laman sosial kerana ia boleh mencetuskan ancaman lebih besar kepada negara pada masa akan datang.

BACA: Selepas Perkasa, KPN Jadi Sasaran Provokasi Gila

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata tiga langkah perlu diambil bagi menangani ancaman ekstremisme sedemikian termasuk melalui pendidikan untuk memberi pemahaman mengenai keselamatan kepada generasi muda.

“Kedua, undang-undang yang sudah diguna pakai selama ini perlu dikuatkuasakan secara berkesan dan ketiga, kerjasama antara orang ramai untuk membantu pihak berkuasa mengambil langkah sewajarnya.

“Kita tidak boleh anggap mainan kerana hari ini isu ekstremisme sudah menjadi isu global … ada rakyat kita yang terlibat dengan IS (kumpulan militan), bermakna bukti jelas ia sudah berlaku di Malaysia,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas ugutan sekumpulan anak muda melalui laman sosial selepas mempengerusikan Mesyuarat Khas Pelan Tindakan Pasca Banjir di Banguanan Perdana Putra, di sini, hari ini.

Dua hari lepas, satu lagi video provokasi berdurasi 1:27 minit memaparkan tiga lelaki bertopeng yang menggelarkan diri sebagai Anak Muda Anti Demokrasi menjadi viral di media sosial.

Mereka yang sebelum ini merancang untuk meletupkan mercun di semua mahkamah seluruh negara pada 11.30 malam 18 Feb lepas, kali ini mengugut ingin meletupkan kereta dan membunuh Khalid.

Ditanya mengenai cadangan beberapa pihak supaya satu mata pelajaran baharu diwujudkan untuk memberi pemahaman kepada pelajar mengenai isu keselamatan, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan, berkata perkara itu perlu dikaji terlebih dahulu berikutan tempoh waktu persekolahan yang terhad.

“Terdapat tempoh terhad dari segi waktu pembelajaran di sekolah, jadi sebarang cadangan untuk menambah (mata pelajaran) adalah tidak praktikal dan tidak mudah untuk kementerian.

“Tetapi, saya fikir mata pelajaran spesifik yang berkaitan dengan isu keselamatan boleh diperkenalkan dalam ko-kurikulum, untuk pelajar memahami bahaya dan peranan media sosial yang mungkin memberi impak terhadap kehidupan mereka … kami akan kaji perkara itu,” katanya.

– BERNAMA

Tags: khalid abu bakar
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Selepas Hamid Bador, Kini Khalid Abu Bakar Pula

05/05/2021
0

PADA 22.4.2021 bekas Ketua Polis Negara, TS Khalid Abu Bakar telah hantar surat tuntutan (LOD) kepada Tun M. Ia ekoran...

Khalid Abu Bakar Saman Mahathir, Tuntut RM10 Juta

04/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengambil tindakan undang-undang ke atas Tun Dr Mahathir...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd