• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Mahu Percepatkan Kerja Pemulihan Pasca Banjir

oleh Ahmad Albab
14/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Kerajaan Persekutuan menubuhkan Pasukan Petugas Khas Pasca Banjir bagi menyelaraskan dan mempercepatkan kerja pemulihan pasca banjir di Kelantan dan negeri lain yang terlibat dengan bencana itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bersama Bencana Banjir Negeri Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata pasukan berkenaan terletak di bawah Jabatan Perdana Menteri diketuai oleh Timbalan Ketua Pengarah Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) Datuk Ahmad Zaki Ansore Mohd Yusof.

Katanya, pasukan itu akan memastikan kerja pemulihan dipercepatkan seperti pembinaan rumah yang hilang dan membaiki rumah yang rosak akibat banjir besar yang berlaku di negeri ini pada Disember tahun lalu.

“Kerajaan berpendapat kerja pemulihan ini akan mengambil masa lama, hendak baiki infrastruktur dan harta kerajaan, baiki rumah, senarai penerima, agihan wang ihsan, ini semua mungkin mengambil masa setahun,” katanya kepada pemberita selepas Taklimat Pasca Banjir Negeri Kelantan di sini, hari ini.

Mustapa yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata kerajaan amat peka dengan masalah rakyat dan berhasrat untuk menyelesaikan masalah berkenaan dalam tempoh terdekat.

Beliau berkata pasukan tersebut juga akan menyelaraskan bantuan daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pihak swasta dan kedutaan asing agar bantuan kepada mangsa banjir lebih berkesan.

Beliau berkata setakat ini terdapat 2,601 rumah yang musnah sepenuhnya akibat banjir manakala jumlah rumah rosak yang perlu dibaiki masih belum dimuktamadkan.

“Setakat ini baru lima buah rumah dibina iaitu di Manek Urai (Kuala Krai) dan esok saya akan ke Kampung Panjang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Gual Ipoh di Tanah Merah untuk melancarkan pembinaan 20 buah lagi rumah. Kita nak buktikan kepada rakyat bahawa kita serius dalam hal ini,” katanya.

Beliau berkata kerajaan negeri menyediakan beberapa kawasan untuk kerajaan pusat membina rumah kepada mangsa yang tiada tanah sendiri kerana sebelum ini mereka mendiami tanah rizab sungai, jalan raya dan keretapi.

Mustapa juga berkata sebanyak 84,070 keluarga mangsa banjir di negeri ini layak menerima bantuan wang ihsan sebanyak RM500 bagi setiap keluarga dan agihan yang sedang berlangsung dijangka dapat diselesaikan pada awal bulan depan. – BERNAMA

 

 

Tags: Mustapa MohamedPasca Banjir
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

Peruntukan Tambahan RM150 Juta Hadapi Pasca Banjir Johor – PM

17/03/2023
0

PUTRAJAYA : Kerajaan meluluskan peruntukan tambahan RM150 juta bagi usaha pemulihan meliputi program dan projek pasca banjir khususnya di Johor....

Hampir 4,000 Sukarelawan Pasca Banjir KBS Bantu Mangsa Bencana

04/01/2022
0

SEPANG: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menggerakkan 3,864 sukarelawan pasca banjir kementerian itu bagi membantu mangsa banjir di negeri terjejas...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd