• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, September 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kenyataan Guan Eng Tuduhan Berat – Ahmad Yakob

oleh Ahmad Albab
dalam Politik
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob menganggap kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng terhadapnya yang dianggap tidak pandai buat kerja dalam menangani krisis banjir baru-baru ini sebagai tuduhan yang berat.

Katanya, sebagai seorang pemimpin di Kelantan, beliau lebih mengetahui keadaan sebenar yang berlaku di negeri itu ketika menghadapi musibah banjir terburuk penghujung bulan lalu termasuk kemudahan aset-aset bantuan di setiap jajahan.

“Dia tu (Guan Eng) pelawat, datang ke Kelantan sehari. Kita ini pemikul yang memikul (tanggungjawab di Kelantan). Berat ke tidak berat ke (kita tahu), lagi pun banjir kali ini luar biasa. Kita bersedia mengikut lumrah biasa.

“Apabila perkara (banjir besar) luar biasa berlaku sememangnya pada peringkat pertama kita tidak dapat atasi 100 peratus terutama untuk kita meninjau kawasan seperti Kuala Krai. Jadi kalau itu menyebabkan seolah-olah kerajaan tidak buat kerja, ambo (saya) rasa tidak betul lah,” katanya kepada media semalam.

Terdahulu, beliau menyampaikan sijil dan anugerah kecemerlangan pelajar Kolej Teknologi Darul Naim (KTD) Sesi 1 2014/2015 di Pengkalan Chepa.

Ahmad turut menyifatkan tuduhan Guan Eng terhadapnya itu terlalu serius kerana baginya orang yang melihat dengan mata kasar sahaja tidak akan merasai apa yang sebenarnya dialami oleh mereka yang memikul tanggungjawab sebagai pihak pelaksana amanah kepada rakyat.

Ahmad, yang juga Pemangku Ketua Dewan Ulama Pas, Ahmad juga menegur Setiausaha Agung DAP itu supaya tidak lantang serta berhati-hati dalam mengeluarkan sebarang kenyataan yang dilihat bertentangan dengan semangat kerjasama dalam PR.

Ditanya mengenai kelantangan Guan Eng yang dilihat banyak mengeluarkan kenyataan mengkritik rakan dalam PR itu, Ahmad mengakui tentang sikap pemimpin tersebut.

“Ia, ia (menghentam). Itulah, saya tidak tahu apa tujuan dia, apa matlamatnya. Itu terpulanglah pada dia tetapi kita (Pas) terus dengan cara dan pendekatan kita serta perjuangan kita.

“Kita mesti berhati-hati. Cakap boleh cakap semua tetapi biarlah ada kebaikannya. Jangan cakap sembarangan,” katanya.

Pada majlis itu,125 pelajar mendapat Anugerah Cemerlang, 80 diberikan Anugerah Dekan, 13 meraih Anugerah Bestari, seorang dipilih menerima Anugerah Pengerusi Lembaga Pengelola, 12 merangkul Anugerah Gemilang dan Ahmad Thaqif Kamdani dinobatkan sebagai penerima Anugerah Nilam. – Sinar Harian Online

Tags: Ahmad YakobLim Guan Eng
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

Lim Guan Eng Menteri Kewangan Paling Gagal – Fadzmel Fadzil

05/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Setiausaha Akhbar kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Fadzmel Fadzil membidas Lim Guan...

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

UMNO Main Peranan Utama Anthony Loke Tewas DUN Chennah – Lim Guan Eng

14/08/2026
0

KUALA LUMPUR - UMNO memainkan peranan utama dalam menyebabkan kekalahan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook di kerusi Dewan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd